Tuesday, May 13, 2008

MALAYSIA BOLEH JADI PENGELUAR UTAMA PISANG DAN MANGGIS

MP Padang Serai menggesa kerajaan Pusat bukan hanya menghasilkan buah pisang dan buah manggis untuk keperluan tempatan bahkan ia perlu dikomersilkan lagi dengan mengeksport ke luar negara. Beliau berkata Malaysia telah dianugerahkan dengan iklim yang sesuai untukk menghasilkan buah-buah tersebut berbanding negara lain seperti di Eropah, Jepun dan lain-lain.

Beliau bertanya kepada kerajaan, apakah kita akan berjaya menghasilkan buah-buahan 'tempered' seperti epal dan anggur? Kedua-dua buah jenis ini memerlukan suasana iklim yang sejuk. Justeru itu, kerajaan tidak harus mensia-siakan masa dan wang ringgit menghasilkan buah-buahan 'tempered' kerana buah-buahan temapatan seperti manggis dan pisang lebih mendatangkan hasil jika diberi perhatian yang lebih serius.

No comments: