Friday, May 9, 2008

JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA

Institusi Sultan dikutuk?

Aspek kesultanan sangat sensitif kepada rakyat berketurunan Melayu. Sanggupkah kita mendengar seorang rakyat Malaysia bernama Karpal Singh menunjukkan perangai tidak setia pada Institusi Raja. Keangkuhan Karpal Singh dalam perkara ini mengecewekan orang Melayu seluruh Malaysia.

Karpal mengajar anak-anak Malaysia menjadi kurang ajar dan biadap sesama mereka. Tindakan yang tidak bermoral inikah yang diperjuangkan oleh DAP, PKR dan PAS? Kerajaan berbelanja ribuan juta ringgit untuk pelajaran selama ini, dan apa yang kita dapat? Karpal Singh yang nyanyuk dan tidak sedar diri menghentam hati orang Melayu.

Anda di Parlimen, terutamanya Melayu PKR dan PAS sedarlah kerana nama-nama kamu yang biadap akan diingati oleh pelajar-pelajar yang ada di galeri dewan tiap-tiap hari.


Pembangkang semakin biadap. Apa tunggu lagi?

Jelas Karpal Singh tidak menghormati Dewan Rakyat dan paling penting rakyat Melayu. Ini sentimen jahat tidak tahu bahasa, tidak boleh dibiarkan berlarutan. Karpal tidak sedar bahawa dia telah membawa pengertian kebebasan kepada tahap yang boleh menaikkan kemarahan orang-orang Melayu.

Tiada kesangsian lagi bahawa Karpal cuba mencabar kesabaran orang-orang Melayu di negara ini. Sesama ahli-ahli dewan termasuk pembangkang PAS dan PKR tidak boleh berdiam seribu bahasa dan menerima hujah-hujah jahat Karpal Singh.

No comments: