Thursday, May 8, 2008

HORMATI LAH UNDI RAKYAT

MP Pontian meminta pihak pembangkang sedar bahawa tindakan mereka menggembar-gemburkan isu penubuhan kerajaan baru adalah tindakan golongan yang terperangkap dengan adaptasi dan ilusi masing-masing. Mereka ini bermimpi di siang hari.

Baginya, Kerajaan Pusat yang dipilih sekarang diyakini oleh rakyat dan pembangkang tidak berhak untuk mempertikaikannya apatah lagi untuk menghina pemikiran rakyat dengan mengada-adakan berita yang mampu mengancam kestabilan negara.

Ketika berucap di Dewan Rakyat petang ini, beliau juga mahu kerajaan membasmi kemiskinan tegar menjelang Malaysia sifar kemiskinan pada 1 Januari 2010. Menurutnya, seramai 38,400 isi rumah perlu dikeluarkan daripada kancah kemiskinan.
Beliau juga mahu kerajaan meningkatkan usaha menambahbaik secara berterusan pembangunan di luar bandar. Ini penting untuk memastikan rakyat di seluruh negara turut mendapat faedah daripada kemakmuran negara sekarang. Ini termasuk membaiki segera jalan-jalan kampung yang rosak oleh lori-lori besar yang membawa keluar tanaman kelapa sawit daripada ladang-ladang.

MP Pontian meminta Majlis Amanah Rakyat (MARA) segera membina kedai-kedai untuk menempatkan peniaga Melayu di kawasan strategik seperti di persimpangan kampung. Sehingga 31 Mac 2008, hanya 375 kedai Mara yang dibina untuk memberi peluang kepada peniaga Melayu mengambil bahagian.

No comments: