Thursday, May 15, 2008

AUKU TIDAK PERLU DIMANSUHKAN

Oleh Mustika Citra

MP Batu Gajah (DAP) mendakwa jika Akta Universiti ini diteruskan, akan mengongkong dan menyekat kebebasan pelajar-pelajar. Dakwaan MP ini tidak benar sama sekali dan beliau sebenarnya tidak faham fungsi akta ini. Pelajar-pelajar dihantar ke universit dan kolej untuk belajar dan bukannya berpolitik. Mustika percaya, dalam dewan ini sendiri, MP pembangkang juga dan membesar bersama AUKU.

Universiti dan kolej adalah tempat untuk melahirkan golongan cerdik pandai dan peneraju serta bakal pemerintah di masa hadapan. AUKU masih lagi relevan untuk mencegah pelajar-pelajar daripada gangguan golongan politik yang ingin memperkudakan mereka demi kepentingan peribadi. AUKU juga dilihat telah berjaya menjauhkan pelajar daripada gangguan golongan yang ingin mengkhianati bangsa yang sepatutnya memastikan pelajar menamatkan pengajian terlebih dahulu bagi membantu kerajaan membangunkan negara.

Soal pelajar takut kepada pensyarah, takut kepada pensyarah, pensyarah takut kepada dekan, dekan takut kepada naib canselor,naib canselor takut kepada menteri dan menteri takut kepada Perdana Menteri adalah semata-mata dakwaan pihak tertentu yang sebenarnya sedang mencuba untuk menghasut penuntutpenuntut.

No comments: