Oleh Tulip Desa
(http://www.tulipdesa.blogspot.com)
Sedar tidak sedar, dah separuh hari dewan bersidang. Pelbagai isu yang dibangkitkan, tetapi nampaknya MP daripada Pakatan Rakyat terlalu emosional apabila mendengar hujah dan penjelasan. Seharusnya mereka menerima penjelasan yang diberikan bukannya menyangkal segala hujah-hujan yang diberikan.
Situasi sebegini sudah menjurus kepada perbahasan. Jelas menggambarkan MP daripada Pakatan Rakyat tidak memahami peraturan dalam bersidang. Acapkali Yang Dipertua mengulangi peraturan-peraturan bersidang tetapi tidak diendahkannya.
Tulip merasakan pihak pembangkang lebih kepada meluahkan perasaan ketidakpuasan hati daripada membincangkan isu-isu untuk kebajikan rakyat dan pembangunan negara. Tulip juga merasakan sikap MP Ipoh Timur yang suka mengungkit-ungkit dan bersifat batu api mengeruhkan dan mehangatkan lagi keadaan. Hanya MP Ipoh Timur sahaja yang kelihatan proaktif dalam dewan ini,MP Pakatan Rakyat yang lain lebih senang mendiamkan diri. Mengapa, adakah mereka tiada idea atau tidak fasih berbahasa Melayu?
Pembangkang ada membuat dakwaan bahawa rasuah wujud pada era pemerintahan Tun Mahathir, jika mereka ada bukti yang kukuh mengapa tidak membawa isu ini untuk dibicarakan. Jelas segala dakwaan mengenai rasuah sehingga kini tidak dapat dibuktikan oleh pembangkang.
Di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat juga berlaku salah guna kuasa dan rasuah, ini terbukti apabila dua wakil rakyat Kelantan sebelum ini pernah membuat laporan kepada BPR mengenai salah guna kuasa dan rasuah yang berlaku dalan pengurusan AKSB (Pengurusan Syarikat Air Kelantan Sendirian Berhad). Boleh disimpulkan mereka ini suka menjaga tepi kain orang, salah sendiri tidak nampak.
Wahai pembangkang, sudah-sudahlah mencari kesalahan orang lain, berilah komitmen sepenuhnya kepada manifesto yang dijanjikan dalam pilihan raya lepas. Jangan sampai dikatakan Kerajaan Tin Kosong. Sesungguhnya rakyat di bawah Pakatan Rakyat tertunggu-tunggu bilakah Kerajaan yang mereka sokong ini akan mengotakan janjinya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment