MP Kalabakan, Datuk Ghafur Salleh, mahu Menteri atau Timbalan Menteri turun padang untuk mendapat maklumat dan tidak bergantung sepenuhnya kepada pegawai mereka. Pandangan itu diberikan untuk memastikan Menteri dapat mengetahui apa yang berlaku di bawah sebelum merancang sebarang dasar untuk kepentingan rakyat.
Timbalan Menteri Dijabatan Perdana Menteri, YB SK Devamany, memberi jaminan kerajaan sentiasa berusaha untuk memperbaiki perkhidmatan mereka kepada rakyat termasuk ramai Menteri/Timbalan Menteri yang turun padang untuk mengetahui masalah rakyat.
Sementara itu, Ahli Parlimen Arau, Datuk Ismail Kassim, dalam wawancara Dari Parlimen RTM1 bersetuju dengan pandangan Perdana Menteri agar MP turun padang untuk merapatkan diri mereka dengan rakyat. Ini penting untuk memastikan segala masalah rakyat dikemukakan kepada kerajaan menerusi Parlimen. Jika MP tidak turun, sudah tentu pengundi akan marah kerana nasib mereka tidak dibela.
Beliau memuji tindakan Kementerian Penerangan yang turut memberi peluang kepada blogger untuk mengambil bahagian dalam program BLOG RTM yang memaparkan sikap keterbukaan kerajaan terhadap golongan blogger. Baginya, rakyat akan tetap membaca media alternatif untuk mendapat maklumat lanjut. Oleh itu, media arus perdana perlu menyediakan lebih banyak maklumat kepada rakyat.
Beliau juga menegaskan ramai pihak dalam dan luar dewan yang salah faham dengan kenyataan MP Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, berhubung dengan orang kurang upaya (OKU). Beliau pasti Datuk Ibrahim bukan mahu menghina OKU sebaliknya mahu MP menghormati dewan yang mulia tanpa bertindak mengikut suka hati mereka. Apa yang menyedihkan tindakan MP Pasir Mas itu dipolitikkan oleh pembangkang termasuk di luar dewan. Mereka membawa OKU dari luar untuk membuat bantahan kepada Datuk Ibrahim dan juga MP Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin. Tindakan MP Bukit Gelugor, Karpal Singh adalah untuk mendapatkan political mileage sedangkan beliau tahu apa yang disebutkan di dalam dewan oleh MP, tidaklah berniat demikian.
Mengenai kenyataan Karpal Singh berhubung dengan Raja-raja Melayu, Datuk Ismail yakin pihak peguam negara akan meneliti semua laporan yang dikemukakan oleh polis sebelum mengambil tindakan di bawah akta tertentu terhadap MP berkenaan. Menurutnya, beliau dan rakan-rakan lain merasakan adalah perlu untuk berbuat sesuatu bagi mengelakkan perbuatan tidak menghormati Raja-raja Melayu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment