Wednesday, May 7, 2008

TOLONGLAH CARI ISU LAIN

Oleh Citra Adora
(http://www.citraadora.blogspot.com)

Nampaknya pihak pembangkang masih membangkitkan pendekatan Islam Hadhari sebagai isu perbincangan di Parlimen pada hari ini.

Sudah terang lagi bersuluh pembangkang masih tidak mahu mengaku bahawasanya pendekatan Islam Hadhari yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berjaya menepati objektifnya sekali gus merupakan salah satu faktor kemenangan BN dalam PRU12 yang lalu.

Mereka sengaja mengeluarkan dakyah-dakyah palsu mencaca-merbakan pendekatan Islam Hadhari dalam kempen pilihanraya lalu kononnya tidak relevan, mazhab baru yang diperkenalkan BN dan bermacam-macam lagi. Walhal Kerajaan telah menegaskan bahawa Islam Hadhari ini bukanlah suatu mazhab tetapi ia adalah suatu usaha atau pendekatan untuk mentamadunkan ummah tanpa mengira bangsa dan agama.

Saya yakin pihak pembangkang masih belum faham apa itu Islam Hadhari dan 10 prinsipnya itu. Sukalah saya memohon jasa baik pihak pembangkang untuk benar-benar meneliti dan memahami 10 prinsip Islam Hadhari bukan sekadar membaca sekali imbas dan bercakap lantang tanpa mengetahui fakta sebenar.

Islam Hadhari tetap mantap dan akan terus menjadi pegangan Kerajaan dalam memacu kecemerlangan dan pentadbiran negara. Ia bukan omongan kosong yang tidak mendatangkan apa-apa hasil yang positif untuk rakyat Malaysia.

(Ulasan WM : Pendekatan Islam Hadhari perlu dilihat sebagai usaha kerajaan untuk memaparkan segala ajaran Islam yang mampu membentuk penganutnya menjadi seorang individu yang lebih baik. Ini termasuk dari segi memperbaiki kehidupan seharian mereka sepanjang masa).

No comments: