Thursday, May 15, 2008

PKR - JANGAN BERPURA-PURA SIMPATI

Oleh Tulip Desa

Rata-rata MP Pakatan Rakyat membahaskan isu kemiskinan rakyat di Sabah dan Sarawak bagi menarik perhatian dewan bahawasanya pembangkang begitu simpati dan peka dengan nasib yang menimpa mereka. Itu semuanya adalah gimik politik pembangkang untuk meraih sokongan. Setelah isu lompat parti oleh MP BN Sabah yang diuar-uarkan pembangkang, tidak menjadi serta tidak dilayan oleh MP daripada BN, mereka beralih kepada isu baru kononnya negeri Sabah dan Sarawak diabaikan oleh Kerajaan Pusat sedangkan hasil bumi yang banyak daripada negeri tersebut dikaut oleh BN.

Pembangkang harus sedar, Kerajaan tidak pernah melupakan masyarakat luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak. Hasrat YAB Perdana Menteri untuk mengurangkan jurang kemiskinan terutama miskin tegar menjelang 2010 melambangkan keprihatinan Kerajaan terhadap usaha memberikan kesejahteraan yang sepatutnya kepada mereka. Malah, masyarakat desa akan terus diberikan penekanan untuk diberikan kemudahan, pembangunan dan kemajuan dengan pelbagai peruntukkan tambahan yang diberikan. Untuk tahun ini, sejumlah RM2.4 bilion telah diperuntukan oleh Kerajaan Pusat untuk pembangunan luar bandar di seluruh negara.

Tulip merasakan Kerajaan tidak berat sebelah dan adil dalam usaha membasmi kemiskinan di mana Kerajaan akan melaksanakan Projek Agropolitan seluas 35,044 hektar yang dirancang dilaksanakan di seluruh negara. Ia adalah sebahagian program lonjakan mega luar bandar yang komprehensif dengan pendekatan serampang dua mata bagi menghapuskan kemiskinan tegar dan menjana serta mempercepatkan pembangunan di kawasan mundur dan terbiar.

Nampaknya, pembangkang terus membangkitkan isu yang berkaitan dengan negeri Sabah dan Sarawak untuk meraih simpati politik. Wahai pembangkang, andai diberi peluang memerintah Sabah dan Sarawak, mampukah pembangkang membawa perubahan dan membasmi kemiskinan secara drastik sedangkan negeri di bawah Pakatan Rakyat sendiri masih lagi tercungap-cungap dalam menunaikan manifesto pilihanraya Ke-12.

1 comment:

Anonymous said...

PKR Pura-pura Simpati.
Sebaik sahaja PRU 12 berlalu,berita-berita DSAI/PKR untuk membeli MP BN di Sabah dan Sarawak cukup hebat.Digambarkan oleh PKR, MP Sabah dan Sarawak ini adalah barang dagangan dan boleh dijual beli.Kita mesti ingat memang ini lah DSAI, mendapatkan kuasa secara korup,beliau adalah BAPA KORUPSI UMNO,beliau lah yang memulakan merasuah perwakilan,ingat kah semasa beliau menentang Tun Ghafar Baba,didalam dewan merdeka pwtc wang kertas bertaburan.Gerombolan DSAI ini merupakan manusia jahat bertopengkan ugama.Ingatkah semasa beliau menjadi ketua pemuda, exco pemuda diminta menunjukkan watak islamik.Beliau dan exco-exconya baca khutbah,ini lah rasuah yang maha dahsyat,guna ugama. Saya tidak terperanjat DSAI akan guna wang untuk rasuah MP-MP dari sabah dan sarawak ini.Soalannya wang dari mana? Ingatkah kita kepada Ahmad Chalabi orang kurdis belaan Amerika? Ahmad Chalabi dibayar oleh USA/CIA untuk memulakan gerombolan memusnahkan Saddam.Tidak mustahil sumber wang yang sama akan diguna.Namun saya yakin kemaksiatan DSAI akan gagal,gerombolannya akan musnah.