Thursday, May 8, 2008

PAS, PKR BERSEKONGKOL DENGAN KARPAL

Tahukah saudara pimpinan PAS dan PKR memang dilihat seolah-olah menyokong dalam diam-diam berhubung sikap kurang ajar Karpal Singh mempertikaikan titah ucapan SPB Sultan Mizan di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Ini menunjukkan pemimpin kedua-dua parti itu dan kuncu-kuncunya tidak sensitif, tidak berpendiran serta tidak bertanggungjawab kepada diri dan bangsa sendiri. Mereka sanggup berdiam diri walaupun dihina dan dimaki oleh Karpal Singh. Inikah sikap pemimpin Melayu berbanding pemimpin BN yang telah menyuarakan bahawa MP DAP itu telah mempertikaikan Perlembagaan negara.

Apakah pemimpin PAS dan ramai pemimpin PKR adalah orang Melayu?

Ramai tidak menyangka PAS khususnya boleh berdiam diri dalam hal ini dan ramai pemimpin parti itu di Dewan Rakyat seolah-olah pekak telinga, buta mata, kaku lisan untuk bertakbir dan bersama pimpinan BN atas nama Melayu, bangsa Melayu untuk mengusulkan kepada Parlimen bagi membolehkan Karpal Singh dikenakan tindakan yang setimpal dengan apa yang dilafazkannya di sidang media.

Adalah nyata pimpinan PAS dan PKR tidak pekak, tidak tuli, tidak buta tetapi kerana pegangan politik yang sempit dan untuk menjaga kedudukan mereka, PAS sanggup menerima kenyatan yang dibuat oleh "si kurang ajar" itu dengan berdiam diri seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Inikah pemimpin yang mengaku membela Islam dan bangsanya?

Ingat....sebagai orang Melayu tanpa mengira kedudukan dan politik, perlu sensitif dan perlu bertindak untuk saluran yang sedia ada bagi memelihara bangsa Melayu dan menjaga kedaulatan Raja-raja yang menjadi tonggak rakyat negara ini.

No comments: