Monday, May 12, 2008

BANTERAS JENAYAH UNTUK JAMIN KESELAMATAN RAKYAT

MP Kuantan mahu kerajaan mencegah dan melindungi rakyat dan orang awam daripada insiden seperti rogol atau jenayah. Ini berikutan indeks jenayah semakin meningkat berbanding pada masa lalu. Pihak penguatkuasa keselamatan perlu mengambil langkah-langkah serius untuk mengatasi masalah ini segera.

Beliau berkata mengikut indeks yang dikeluarkan sebelum ini jenayah ini banyak dilakukan oleh orang tempatan dan hanya 20 peratus dilakukan oleh orang luar. Ada juga orang tempatan yang bercakap dalam bahasa Indonesia untuk melindungi latarbelakang mereka.

MP Kuantan yang mengucapkan selamat hari ibu kepada ibu di seluruh dunia menegaskan ibu kanak-kanak hilang iaitu Sharline, Nurin dan Mawi pasti sedih dengan apa yang berlaku kepada anak mereka. Baginya, penderitaan ibu yang kehilangan anak ini sepatutnya menjadi penderitaan semua rakyat negara ini.

Beliau berkata ketika dulu, keadaan kita tidak begini dan selamat tetapi sekarang ini keadaannya sudah berbeza. Ketika ini, ibu tidak senang hati jika mereka tidak melihat anak mereka masuk ke kawasan sekolah ketika menghantar dan menunggu anak-anak di pintu keluar ketika tamat hari persekolah. Ibu bapa tidak rasa selamat apabila anak turun daripada bas dan mereka kecut perut jika ada kawasan semak.

MP Kuantan juga tidak mahu MP menjadi jaguh kampung dan membuat tuduhan terhadap orang lain.

No comments: