Monday, November 3, 2008

USAHA KPDNHEP WAJAR DIBERI PUJIAN

oleh: Mustikacitra-indah

Timbalan Menteri dalam jawapan balas kepada soalan yang dikemukakan oleh MP Pontian, Tuan Haji Ahmad bin Hj Maslan (BN) menerangkan bahawa satu simposium akan dianjurkan pada bulan ini (November) yang akan melibatkan pengilang, pemborong, pengguna dan persatuan pengguna dan juga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Simposium yang akan berlangsung selama satu hari ini akan membincangkan faktor-faktor kenaikan harga barang ketika ini.

Mustika melihat usaha KPDNHEP menganjur simposium ini adalah wajar dan berketepatan dengan krisis kenaikan harga barang yang melanda negara ketika ini. Namun adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai pengguna untuk bekerjasama dengan pihak berkenaan berkaitan kenaikan harga barang yang tidak sepatutnya ini dan melaporkan kepada pihak yang berwajib agar tindakan tegas dapat diambil terhadap peniaga yang degil ini. Pengguna yang bijak seharusnya membantu kerajaan merealisasikan rancangan dan pelan-pelan kerajaan untuk mengatasi masalah kenaikan harga barang di Malaysia.

2 comments:

rayliew said...

Usaha KPDNHEP adalah tepat pada masanya, di mana harga minyak telah menurun dan kini tiba masanya untuk para pengilang, pemborong, peniaga dan persatuan pengguna duduk semeja untuk membincang dan mencari jalan penyelesaian untuk menurunkan harga barangan di pasaran.

慧眼识英雄 said...

Memandangkan harga minyak telah turun, adalah wajar untuk semua peniaga dan pemborong menurunkan harga barangan. Ini dapat menurunkan inflasi terutamanya ekonomi tidak bagus.Tindakan KPDHEP adalah wajar dan dipuji