Monday, November 10, 2008

Tony Pua (hadir sidang Parlimen

Dipetik dari Utusan Online



PETALING JAYA 10 Nov. - Polis menahan 23 orang termasuk beberapa pemimpin pembangkang yang disyaki terlibat dalam perhimpunan haram di hadapan Dewan Sivik, Petaling Jaya di sini malam tadi.
Perhimpunan itu bermula kira-kira 9.30 malam dengan majlis memasang lilin sempena sambutan ulang tahun pertama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan adil (Bersih).
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, perhimpunan yang disertai oleh kira-kira 200 orang itu diadakan tanpa permit justeru pihak polis terpaksa datang untuk meleraikannya.
"Pada mulanya, polis menahan tiga orang sebelum melakukan tangkapan susulan ke atas 20 orang lagi selepas itu.
"Mereka semua ditahan untuk diambil keterangan di bawah Seksyen 27 Akta Polis kerana disyaki terlibat dalam perhimpunan haram," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mereka yang ditahan, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP, Tony Pua dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku, Lau Weng serta seorang juru video Malaysiakini, Shukri Mohamad.
Ekoran itu, hari ini polis menutup sebahagian jalan sekitar Padang Timur, serta jalan-jalan utama menuju Amcorp Mall, serta dikawal ketat oleh kira-kira 80 anggota polis termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Menurut Khalid, perhimpunan tersebut berjaya disuraikan kira-kira pukul 12.30 pagi ini dengan aman tanpa melibatkan kekerasan.
‘‘Polis bertindak mengikut etika dan profesionalisme dalam mencegah perhimpunan itu,’’ jelasnya.


----------------------------------------------------------------------------------------------

Pagi tadi sebelum memulakan sesi soalan dalam sidang Dewan Rakyat Tony Pua (Petaling Jaya Utara) sempat mebuat kenyataan bahawa dia telah ditangkap dan dipukul oleh pihak polis yang telah mengkapnya atas kesalahan berhimpun secara haram. Tapi pagi tadi telah di lepaskan. Ada pula suara daripada MP lain yang cakap "kalau tak salah tak la kena tangkap". ermmm...betul juga kan?kalu tak salah tak la kena tangkap....hehehehheeh....kalau kena pukul mestilah sakit kan. ini tak. nampak sihat je masa bagun utarakan soalan???
-putrimalaysia-

2 comments:

LIMAUDONG said...

Salam wira

Kononnya Kumpulan 'BERSIH' tetapi BUSUK di dalam. Kenapa Tony Pua seorang saja kena pukul dan bagaimnana yang lain, Sepatutnya Tony ambil Cuti Sakit tak payah hadir ke persidangan dewan kalau betul-betul kena pukul.

rayliew said...

Perhimpunan haram yang tidak memperolehi kelulusan permit dari polis. Patutlah mereka ini dtangkap, si Tony ini sebenarnya jatuhkah atau dikatakan oleh beliau dipukul. Kalaulah dipukul seteruk yang dinyatakan beliau, beliau sudah berbaring atas katil di rumah, beliau tak patut turun ke dewan lagi...sudahlah tu masih lagi bertenaga untuk mengucap dalam dewan dan mengadakan persidangan akhbar...luka-luka ini "MAKE-UP"kah..