Wednesday, November 19, 2008

Menteri Penerangan Menjadi Tauladan

By Perry

Baru-baru ini akhbar Tamil melaporkan bahawa menteri penerangan, Dato Ahmad Shabery Cheek, telah berdialog dengan beberapa kumpulan yang mewakili artis-artis, penerbit dan pengeluar filem dan drama Tamil tempatan di pejabatnya di Angkasapuri untuk mendengar dan membincangkan mengenai masalah dan ketidakpuasaan hati yang dihadapi oleh kumpulan tersebut.

Dalam perbincangannya, Dato’ Ahmad Shabery Cheek memberi perhatian yang serius dan kesungguhan dalam mengenalpasti dan menyelesaikan masalah utama yang dihadapi oleh pengeluar filem dan drama Tamil . Antara masalah utama yang dihadapi oleh kumpulan tersebut adalah untuk mendapatkan slot atau ‘air time’ bagi program-program Tamil yang disediakan dalam negeri .

Setelah selesai perbincangan tersebut, Menteri Penerangan yang amat memahami punca permasalahannya tampil dan membuat pengumuman dengan tabahnya bahawa TV Malaysia akan membuka ruang untuk meningkatkan jumlah waktu siaran program Tamil (Filem / Drama Tempatan) dari satu setengah jam kepada 5 jam seminggu pada masa-masa akan datang.

Pengumuman tersebut bukan sahaja menggembirakan para pengusaha yang terlibat dalam bidang tersebut malah keseluruhan kaum Tamil di Malaysia yang kini telah menjauhkan diri dari RTM.

Dalam pada itu, apakah semangat dan keikhlasan Menteri Penerangan itu mengenai perkara tersebut disedari dan difahami oleh para pegawai kementerian, yang di dakwa sebagai ‘little Napoleons’? Apakah pegawai-pegawai atasan yang bertanggungjawab dalam Kementerian penerangan (TV) akan memastikan pengumuman dasar menteri itu dilaksanakan tanpa menundakan waktu atau meminda mengikut budi bicara dan tafsiran tersendiri.

Sehubungan ini, adalah dicadangkan bahawa RTM secara amnya dan TV Malaysia secara khususnnya menilai semula program-program Tamil yang disediakan oleh penguasaha tempatan yang kini disiarkan dalam saluran TV2. Kebanyakan program tersebut didapati berunsur hiburan yang bersifat carbon-copy. Program–program tersebut hanya mengandungi program artis dan penyanyi tempatan yang menyanyikan lagu-lagu filem Tamil.

Program-program yang yang disediakan oleh pengusaha tempatan untuk siaran dalam TV2 didapati kurang berkesan dalam menjadikan kaum India sebagai satu kaum yang bermaklumat selaras dengan agenda pembangunan arus perdana. Malah, menjauhkan mereka dari mendekati RTM, sekaligus kerajaan. Apa yang menghairankan kita ialah ramai pendengar dan penonton (Minnal dan TV2 ) RTM adalah terdiri dari pekerja asing keturunan Tamil.

Namun demikian, usaha dan keikhlasan Dato’ Ahmad Shabery Cheek untuk mendengar rintihan pengusaha Tamil adalah amat dihargai, malah akan merintis jalan untuk meraih semula sokongan kaum India terhadap kerajaan yang merosot pada saat akhir-akhir ini. Apakah langkah-langkah yang bersifat mesra dan prihatin Menteri Penerangan itu dijadikan sebagai tauladan dalam usaha meningkatkan sokongan kaum India terhadap kerajaan oleh lain-lain kementerian?

2 comments:

rayliew said...

Syabas kepada Dato menteri, beliau seorang pemimpin yang berfikiran jauh dan telah membawa perubahan yang ketara kepada kementerian dan jabatan di bawahnya.

慧眼识英雄 said...

Tahnian dan Syabas kepada Dato’ Ahmad Shabery Cheek atas percapaian dan usaha beliau serta telah mendapat pengiktirfan di luar Malaysia. Beliau seorang pemimpin yang berfikiran kreatif dan mempunyai vision yang jauh terhadap Kementerian dan Jabatan di bawah jagaannya.