Sumber: Berita Harian Online (26 Nov. 2008)
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersetuju dengan Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan senaman yoga yang disifatkannya boleh mendorong umat Islam di negara ini tersasar jauh daripada ajaran Islam sebenar.
Beliau berkata, unsur diamalkan dalam senaman itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam kerana mempunyai ciri penyatuan dengan Tuhan dan umat Islam sepatutnya menerima pengharaman itu kerana ia dibuat berdasarkan kajian yang jelas, tanpa cuba untuk mempertikaikannya. “Dalam fatwa dikeluarkan itu sudah jelas, yoga ini hujungnya ada penyatuan diri dengan Tuhan, bagaimana jaminan manusia boleh bersatu dengan tuhan sedangkan Islam tak bersatu dengan Tuhan, rapat dengan Tuhan tu ada.
“Sama macam amalan lain seperti ‘main puteri’ yang diharamkan kerajaan Kelantan, dalam permainan itu orang yang mengamalkannya menyebut benda yang dia sendiri tak faham, ada gerak geri tubuh bersama perkataan lain yang dia sebut, tetapi tak tahu maksud, itu tak betul,” katanya di sini, semalam.
1 comment:
Pemimpin PAS bersetuju dengan tindakan Majlis Fatwa, mengapa pula pemimpin PKR dan DAP membantah pula??? Pakatan Rakyat tidak sepakat?
Post a Comment