Thursday, November 13, 2008

MP Rembau Minta Estet Dibekalkan Bekalan Air

MP Rembau turut membahaskan peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Di antara lainnya MP Rembau memaklumkan bahawa warga estet-estet lama dibekalkan dengan cukup air seperti yang disalurkan ke kampung-kampung. Beliau sendiri telah membuat penelitian di estet-estet yang mana tiada bekalan air yang mencukupi.

Syor MP Rembau ini adalah rasional kerana estet-estet telah lama wujud. Mereka elok diberi kemudahan yang serupa untuk kebaikan dan keselesaan warga.

Pemerhati berpendapat bahawa agak tepat perkara ini diselesaikan oleh Kementerian berkaitan dengan kadar segera.

1 comment:

rayliew said...

Bekalan air adalah keperluan utama kepada kehidupan harian kita. Oleh itu kemudahan tersebut haruslah diutamakan dan diselesaikan dengan dengan secepatnya.