Thursday, November 13, 2008

MP Sadong Prihatin.....Rakyat Terpencil Dapat Penyiaran TV

Oleh: Pemikir

Dewan kini sedang membincangkan peruntukan untuk Kementerian Pembangunan Luar Bandar. MP Sadong menimbulkan beberapa perkara termasuklah keperluan saluran televisyen dipancarkan di kawasan-kawasan terpencil di Sarawak. Beliau meminta Kementerian tersebut agar dapat membantu penduduk-penduduk menikmati kemudahan ini.

Pemerhati berpendapat bahawa permohonan MP sadong ini munasabah kerana ia juga melibatkan kawasan-kawasan terpencil di Sabah. Mungkin satu pendekatan dengan menggunakan Saluran Astro dapat mengatasi keperluan ini. Tetapi ini mungkin melibatkan banyak kos yang akan ditanggung audien.

Wira percaya bahawa keprihatinan MP Sadong(BN) akan mendapat perhatian Kementerian-Kementerian berkaitan.

2 comments:

rayliew said...

Cadangan yang baik untuk meyalurkan maklumat terkini kepada pengetahuan penduduk kawasan pendalaman dan kawasan terpencil..untuk menyakinkan mereka teradap usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk membangunkan negara.

LIMAUDONG said...

Salam Wira
Syabas MP sadong, Dulu Menteri Penerangan Malaysia berkata Sarawak akan mempunyai satu lagi siaran TV iaitu TV Sarawak by 2011 Teruskan usaha ini sebab ini adalah projek BN dan tambahkan stesen pemancar di pendalaman. Saluran Astro bagus tapi melibatkan yuran bulanan.