Dalam dunia dan negara Malaysia khususnya menghadapi masalah ekonomi dunia , masalah sosial tidak juga lepas dari pandangan mata kita. Isu Pengkid ini sebenarnya telah lama bertapak di negara kita tetapi baru-baru ini pada 23 Oktober 2008 Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan "pengkid" iaitu wanita berpewatakan lelaki.
Sekali dibaca sahaja kita dapat tangkap, pengharaman ini adalah tertakluk di bawah bidang kuasa umat Islam tetapi kaum lain yang bukan beragama Islam dan juga NGO bukan Islam sibuk-sibuk nak masuk campur .
JAKIM mengeluarkan kenyataan agar kaum lain tidak mencampuri urusan dan hak umat Islam. Ini berikutan laporan portal berita Jumaat lalu, mengenai tindakan NGO bukan Islam; Katagender dan Food-not-Bombs yang mengadakan demonstrasi membantah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini, yang mengeluarkan mengharamkan perlakuan ‘pengkid' atau wanita yang menyamai lelaki.
Portal berita itu turut menyiarkan temubual eksklusif dengan Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Ivy Josiah yang mempertikaikan fatwa itu dan menyifatkannya tindakan lelaki yang mahu mengongkong kebebasan wanita negara ini di samping menjadikan negara dipandang serong serta ditertawakan negara luar.
Kaum lain yang bukan beragama Islam haruslah faham bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa sebagai panduan kepada umat Islam bagi menyelamatkan generasi muda melakukan perkara dilarang agama dan adalah untuk kebaikan semua. Jangan pandang dari segi luaran sahaja. Moraliti juga perlu diambil kira. Sebagai sebuah negara Islam kita tidak mahu masalah-masalah seperti ini mengganggu.
1 comment:
Kaum lain tidak sepatutnya meragui atau mempersoalkan perkara yang berkaitan dengan Agama Islam..
Perkara ini telah disemai dalam pemikiran setiap warga Malaysia.. Kita hendaklah menghormati Perlembagaan Negara...
Post a Comment