Wednesday, November 19, 2008

Berita Gembira Untuk Penduduk Kapit

Oleh: Citra Adora
Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah (KPLB) akan melaksanakan projek-projek infrastruktur asas iaitu pembinaan jalan luar bandar, bekalan air bersih dan elektrik seperti yang diluluskan dalam Kajian Separuh Penggal RMK9 di Kapit, Sarawak.
Berita ini pastinya akan menggembirakan penduduk di kawasan Kapit yang selama ini begitu ternanti-nanti untuk turut sama menikmati arus kemajuan negara di samping meningkatkan taraf sosial kehidupan mereka.
Sebanyak tiga projek jalan luar bandar diluluskan yang mana pembinaannya akan melibatkan jalan sepanjang 18.20 kilometer berjumlah RM50.60 juta. Pada masa ini proses perolehan sedang dilaksanakan dan dijangka kerja-kerja pembinaan dapat dimulakan pada bulan Februari 2009.Bagi projek bekalan air bersih luar bandar pula, projek pembinaan Loji Air Kapit dijangka akan bermula pada tahun 2009.
KPLB juga sedang melaksanakan sembilan projek bekalan elektrik luar bandar bernilai RM1.29 juta yang mana ia akan memberi manfaat kepada 255 buah rumah.

4 comments:

rayliew said...

Berita baik kepada warga KAPIT. Ingatlah usaha yang dilakukan oleh kerajaan BN untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur kawasan yang akan membawa pembangunan ekonomi kawasan.

vicky said...

People of Kapit will be appreciating the government's movement in allocating RMK9 for the infrasture development in their town. Hope that there will be more allocating funds to other kawasan in Sarawak which indeed need development.

PineappleTown said...

Memang satu berita yang amat baik terhadap penduduk kapit. Diharapkan penduduk kapit dapat menghargai jasa baik kerajaan ini dan ekonomi di sekitar kapit dapat berkembang maju pada masa yang akan datang.

Anonymous said...

darudnano said.....
People of kapit should thanks the government of BN not the PR .BN is always aware of their people only somtime it need to be push harder.My question why until the PR also voice up the matter so many time then u said u want to do it.The voice of the your people (BN) need attention don't let them go against u(BN. TQ BN.