Thursday, November 6, 2008

MP SUNGAI SIPUT TIDAK BERFIKIR SEBELUM CAKAP DALAM DEWAN..HINDRAF TELAH DIHARAMKAN

Oleh : Pemikir
MP Sungai Siput antara lainnya menimbulkan isu Hindraf dan mengatakan bahawa kaum India menyokongnya kerana mereka kononnya dipinggirkan. MP ini yang mewakili PKR masih tidak tahu bahawa Hindraf menggugat ketenteraman dan keselamatan awam. Hindraf telah mengadakan demonstrasi- haram di Putrajaya, sekitar Kuala Lumpur dna juga semasa ahli kabinet menyambut Hari Raya di PWTC.
MP Sungai Siput elok fikir semula cara-cara sesuai untuk memperjuangkan kaum India. Beliau perlu dinasihatkan supaya jangan mainkan sentimen kaum hanya untuk mendapat populariti murah dalam dan luar Parlimen. Kenapa beliau tidak mengeluarkan idea-idea baru dalam Dewan? Sebenarnya beliau tiada idea lagi dan terpaksa memegang kepada Hindraf untuk terus mendapat perhatian orang-orang India.
Beliau perlu ingat bahawa ramai lagi pemimpin-pemimpin India yang rasional termasuklah mereka dalam MIC yang telah berjaya meningkatkan taraf hidup kaum India. Kenapa beliau tidak gunakan langkah barunya dari apa yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin India yang lalu?
Pemerhati berpendapat bahawa pembangkang tidak bersatu dalam Parlimen. Tiap ahli pembangkang ikut sesuka hati dan apa terlintas ketika itu kebayakan mereka adalah impulsive dan flippant dalam Dewan. Mereka perlu lihat cara MP Kemaman (Menteri Penerangan) MP Batu Pahat, MP Muar, MP Kota Belud, MP Pontian, MP Pasir Salak, Tenggara dan lain-lain berhujah.

2 comments:

dua alam said...

MP sungai Siput tu baru menang....baru jadi MP...dia bukannnya tau...hehehehe...memang dia tak patut perjuangkan lagi Hindraf. Dia menang kat Sungai Siput tu pun sebab Hindraf le yang sokong. Bila dah menang...orang datang mintak tolong...dia kata.."saya takde duit nak tolong...tapi saya boleh bawak suara ke Parlimen.." apaaarraaaa...

rayliew said...

HOI.HOI.HOI...dia ni memperjuangkan kepentingan kaum India atau lebih kepada HINDRAF yang telah diharamkan..Haramkan dia dari persidangan Dewan kerana telah mengungkitkan perjuangan pertubuhan yang diharamkan...