Thursday, November 27, 2008

MP KUCHING (DAP) TIDAK FAHAM MASALAH NELAYAN

OLEH: PEMIKIR
MP Kuching timbulkan semula perancangan nelayan bercadang untuk mogok pada 12 Disember. Beliau sudah kemukakan usul mengenai masalah nelayan kepada speaker tetapi telah ditolak. MP Kinabatangan (BN) membidas Kuching kerana cuba mengapi-apikan isu dan mogok yang belum berlaku. Beliau berpendapat MP ini mengada-adakan benda yang tiada.
Speaker menolak usul Kuching yang mengandungi 3 perkara melibatkan masalah logistik nelayan di Sarawak. Speaker menjelaskan bahawa usul ini tidak perlu kerana kerajaan sudahpun mengambil tindakan terhadap nelayan-nelayan ini. Sebagai contoh beliau memberitahu Dewan bahawa kerajaan telah mendaftarkan 37000 nelayan dan 33000 daripada jumlah ini telah di bayar tuntutan-tuntutan mereka.
Jelas MP Kuching tidak peka mengenai masalah dan tindakan yang telah diambil oleh kerajaan BN.Maklumat speaker perlu di ambil contoh oleh Kuching supaya tidak merapu dalam Dewan. Beliau sepatutnya menimbulkan isu-isu baru dan bukan yang lapuk kerana masa itu emas dan beliau merugikan waktu dewan.

1 comment:

rayliew said...

MP DAP sudah OUT OF DATE berkenaan isu nelayan, nyata beliau kurang berhubung dengan para nelayan Sarawak dan hanya mencari modal politik menggunakan isu-isu yang sudah lapuk dan tidak wujud lagi.. Beliau hendaklah diambil tindakan yang tegas kerana cuba mengapi-apikan isu mogok para nelayan.. Ramai kawan nelayan saya yang tidak bersetuju dengan usul mogok tersebut...