Wednesday, November 26, 2008

Atasi Penyelewengan Kad Pengenalan

Jabatan Pendaftaran akan meningkatkan mutu kad pengenalan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan pihak tertentu mengambil kesempatan menyeleweng dokumen tersebut. Ini memandangkan terdapat beberapa sindiket yang menggunakan kad pengenalan yang hilang untuk tujuan penjualan kepada Pendatang Tanpa Izin yang tidak mempunyai sebarang dokumen masuk ke Malaysia. Mutu kad pengenalan sekarang lebih baik daripada yang asal di mana agak sukar untuk dikoyak. Kad Pengenalan baru juga menggunakan sistem biometrik yang menggunakan kaedah cap jari yang menyukarkan sindiket untuk terus memalsukan dokumen tersebut. Mekanisma ini dilihat dapat menangani sindiket penjualan kad pengenalan palsu memandangkan cap jari setiap orang berbeza antara satu sama lain.

3 comments:

babybee said...

walaupun cara mengatasi penyelewangan kad pengenalan adalah sangat baik tetapi para penjenayah lagi pandai mencari akal untuk membuat jenayah dengan menggunakan kad pengenalan palsu. ini barulah masalah besar.

babybee said...

walaupun cara mengatasi penyelewangan kad pengenalan adalah sangat baik tetapi para penjenayah lagi pandai mencari akal untuk membuat jenayah dengan menggunakan kad pengenalan palsu. ini barulah masalah besar.

rayliew said...

Mutu kad pengenalan perlu dipertingkatkan lagi kerana ianya mudah koyak selepas direndam dalam air, juga diragui samada cip yang dimasudkan kalis air atau tidak. Undang-undang yang lebih ketat perlu digubal untuk mengenakan hukuman yang lebih berat kepada mereka yang sering kehilangan kad pengenalan...