Thursday, November 6, 2008

ANWAR IBRAHIM BERANSUR LEMBAP DALAM PARLIMEN.....KETANDUSAN ISU

Oleh: Pemikir

MP Permatang Pauh (PKR) beriya-iya cuba mengaburi mata ahli Dewan pada 5 November dengan cuba menimbulkan kononnya isu-isu berunsur rasuah termasuklah kapal selam Scorpene, BII, Wisma Angkasaraya. MP ini ingin penjelasan dari pihak kerajaan. Adalah didapati bahawa perkara yang ditimbulkan ini adalah bertujuan untuk menunjukkan kepada media dan pembangkang bahawa isu ini adalah baru.
Permatang Pauh sebenarnya sudah ketandusan isu dan modal untuk bercakap dalam Parlimen. MP Tanjung Karang (Menteri) bangun untuk menjawab berkaitan dengan Wisma Angkasaraya memberitahu Dewan dan Permatang Pauh bahawa perkara ini telah dijelaskan semasa sesi Parlimen sebelum ini di mana Ketua Pembangkang adalah mantan YB Dr Wan Azizah ,isteri Permatang Pauh. Beliau telah membuat penjelasan yang panjang lebar dan eloklah MP Permatang Pauh merujuk kepada rekod dalam Parlimen.
MP Pasir Salak juga memberitahu Dewan bahawa apa yang ditimbulkan oleh MP Permatang Pauh sudah diperjelaskan dengan terperinci sebelum DSI menjadi Ahli Parlimen.
Pemerhati berpendapat bahawa MP Permatang pauh telah di beri nota lama oleh penasihat-penasihat untuk di bawa ke Parlimen. Diperhatikan bahawa pembangkang agak sepi dan bosan dengan isu-isu lapuk ini. Mereka berharap ketua mereka berupaya menzahirkan isu-isu baru dan segar. Malangnya hasrat tersebut hanyalah impian sahaja.

1 comment:

rayliew said...

OUT OF DATE..SUDAH LAPUK. Mengapa beliau tidak meneliti dulu, mungkin terlalu percaya dengan pengikutnya..HAHA.. dipermainkan oleh anak buah..no respect already..sudah tiba masa berundurlah..