Oleh: Citra Adora
Berita baik kepada penduduk bandar dan di luar bandar khususnya. Inilah jawapan MP Julau (Tim. Menteri Tenaga, Air Dan Komunikasi) untuk pertanyaan MP Kuala Krai (PAS) berkenaan langkah yang akan diambil bagi merapatkan jurang digital di bandar dan luar bandar.
Kerajaan akan melaksanakan projek 'high-speed broadband' ke seluruh negara bagi merapatkan jurang digital menjelang 2010. Projek ini akan dijalankan mengikut zon iaitu zon 1 (kawasan bandar), zon 2 (kawasan pinggir bandar) dan zon 3 (kawasan luar bandar).
Dengan ini rakyat dapat memanfaat kecanggihan teknologi terkini jalur lebar dan tiada lagi cerita-cerita bahawa rakyat luar bandar dipinggirkan dalam menikmati arus kemajuan dan pembangunan negara. Juga tiada lagi istilah buta IT kepada segelintir rakyat Malaysia.
1 comment:
Baguslah jurang ini dapat dihapuskan, namun penyaluran maklumat hendaklah diawasi supaya tidak wujudnya kenyataan-kenyataan yang tidak benar yang boleh menjejaskan kepimpinan dan imej negara.. pandai-pandailah kita menggunakannya..untuk tujuan yang baik..niat baik..jangan terperangkap dengan tomahan yang dilontarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab...
Post a Comment