Berita Harian Online
PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata rakyat mesti yakin bahawa negara mampu untuk menempuh cabaran yang datang berikutan dunia kini dilanda dengan masalah krisis kewangan. Perdana Menteri berkata, tidak dinafikan Malaysia tidak boleh mengelak daripada mengalami kesan akibat krisis berrkenaan tetapi rakyat tidak perlu terbawa-bawa dengan perasaan takut dan bimbang. “Semua ini berlaku oleh sebab bermulanya krisis kewangan di Amerika dan pada waktu ini Amerika dan Eropah berada dalam situasi kemelesetan yang tentu sekali menimbulkan perasaan bimbang sebab negara kita adalah sebuah negara yang ekonominya terbuka.
“Dalam erti kata lain, kita mempunyai hubungan ekonomi dengan negara lain di seluruh dunia dan tentu sekali besar hubungannya dengan Amerika dan Eropah. “Semua ini berlaku berpunca daripada mereka, tetapi kita juga perlu melihat kepada diri kita, kita tak perlu sangat terbawa-bawa dengan rasa takut dan bimbang. Kita mesti juga ada keyakinan, dan kita mesti ada keyakinan untuk menempuh cabaran-cabaran itu,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, pagi ini. - Bernama
Monday, November 3, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Saya YAKIN negara kita mampu menempuh cabaran tersebut, harga minyak sudah turun 4 kali dan kini harga barangan juga mula diturunkan harga.. BANK-BANK di negara masih beroperasi seperti biasa..
Post a Comment