Wednesday, November 26, 2008

Dilema dan Harapan Ibu Bapa Pelajar-Pelajar SRJK(T)

Oleh : Perry

Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil SRJK(T) adalah warisan penjajah British di Malaysia.Kemudahan untuk membelajari bahasa ibunda Tamil atau Cina adalah termaktub dalam ‘kontrak sosial’ yang tercapai antara pemimpin-pemimpin pelbagai kaum dalam mencapai kemerdekaan negara ini.

Sejarah menunjukkan bahawa pada tahun 1957, sejumlah 888 sekolah Tamil wujud di Persekutuan Tanah Melayu apabila negara ini mencapai kemerdekaan daripada belunggu penjajah. Kebanyakan sekolah-sekolah Tamil adalah terletak di ladang-ladang getah kepunyaan syarikat British.Namun, bilangan itu telah berkurangan menjelang tahun 2000. Pada tahun 2008, hanya 523 buah sekolah Tamil sahaja didapati wujud di Malaysia. Pelbagai alasan diberikan oleh pelbagai pihak untuk kekurangan bilangan sekolah Tamil. Pihak kerajaan melaporkan bahawa kekurangan sambutan daripada ibu bapa terhadap sekolah Tamil merupakan faktor utama yang menyebabkan menyusut jumlah sekolah Tamil. Tetapi aktivis dalam masyarakat Tamil pula menafikan alasan tersebut,malah mendakwa bahawa mobiliti dalam masyarakat pekerja ladang akibat dasar pembangunan negara (estate fragmentation ), kemerosotan kualiti pengajaran, kekurangan kemudahan pengajaran dalam sekolah dan kedudukan buruk bangunan sekolah merupakan faktor-faktor utama yang menyebabkan ibu bapa menolak sekolah-sekolah Tamil.

Namun demikian, tidak dapat menafikan bahawa sejak merdeka, kerajaan Barisan Nasional, tidak abaikan tanggungjawabnya dalam menyediakan peluang kepada pelajar-pelajar Tamil untuk membelajari Bahasa Tamil, malah mengekalkan aliran SRJK(T) supaya pelajar-pelajar Tamil dapat mengikuti pendidikannya di peringkat rendah dalam bahasa ibunda.

Di samping itu, kerajaan persekutuan di bawah pentadbiran Barisan Nasional telah memperuntukan berjuta-juta ringgit untuk membina dan membaiki SRJK(T) yang uzur di seluruh Malaysia. Walaupun peruntukan yang disediakan itu didakwa tidak mencukupi, kerajaan terus mengambil berat untuk menyediakan dana bantuan kewangan kepada SRJK(T) setiap kali Rancangan Malaysia Lima Tahun disediakan . Bantuan kewangan kerajaan disalurkan dalam dua bentuk iaitu bantuan Modal dan bantuan penuh kepada SRJK(T).

Sehubungan ini, baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak selaku menteri kewangan, telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 50 juta untuk membina,membaiki dan mempertingkatkan bangunan-bangunan SRJK(T) yang uzur di seluruh Malaysia .

Sementara itu, menurut laporan media , kerajaan –kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat juga telah meluluskan peruntukan yang agak besar untuk tujuan yang sama di negeri masing-masing.

Sebagai contoh, media melaporkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang telah meluluskan 1.5 juta untuk SRJK(T) daripada RM 8.5 juta yang diperuntukan untuk sekolah-sekolah rendah di negeri Pulau Pinang. Negeri Pulau Pinang mempunyai 28 buah SRJK(T).Manakala, kerajaan negeri Selangor pula telah meluluskan RM 4 juta untuk 97 buah SRJK(T) di negeri Selangor.

Kaum India menyambut baik initiatif kerajaan persekutuan dan negeri-negeri yang berkenaan.Namun, apa yang menjadi kerumitan dan sungutan dikalangan ibu bapa pelajar-pelajar SRJK(T) adalah bahawa peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan persekutuan tersebut tidak disalurkan kepada sekolah-sekolah yang sangat memerlukan bantuan kewangan. Malah, terdapat gurubesar dan pentadbiran SRJK(T) di negeri-negeri di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat yang tidak berusaha ,malah menolak bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajan negeri-negeri dibawah Pakatan Rakyat.

Sikap guru besar dan pentadbiran SRJK(T) sedemikian di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat amat dikutuk oleh ibu bapa pelajar-pelajar Tamil, malah menimbulkan kemarahan di kalangan kaum India terhadap pemerintah.Malah , terdapat ahli-ahli politik parti pembangkang mendakwa bahawa kerajaan Barisan Nasional menghalang gurubesar sekolah Tamil menerima bantuan daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Dakwaan tersebut menimbulkan persepsi bahawa Barisan Nasional lebih mementingkan kepentingan politik daripada kepentingan pendidikan pelajar-pelajar Tamil. Persepsi sedemikian mampu mengurangkan populariti BN di negeri-negeri tersebut dalam jangka masa panjang. Apakah dakwaan tersebut itu benar?

Sungguhpun peruntukan yang disediakan untuk SRJK(T) oleh kerajaan , samaada kerajaan persekutuan ataupun kerajaan negeri, adalah wang rakyat yang dikutip daripada hasil cukai pendapat rakyat.Wang tersebut adalah wang rakyat dan rakyat yang memerlukan bantuan harus dibenarkan menikmati bantuan tersebut. Perbezaan kefahaman politik antara parti-parti politik yang bertanding untuk berkuasa memerintah tidak harus menjadi batu halang kepada pelajar-pelajar Tamil yang amat memerlukan bantuan dan sokongan.

Masyarakat Tamil sering didakwa tertinggal dalam arus pembangunan negara,malah tidak disediakan sebarang dasar ekonomi bersifat ‘affirmatif’ atau khas untuk meningkatkan taraf dan kualiti hidup mereka.Dengan itu, kerajaan persekutan dan negeri di bawah Pakatan Rakyat perlu mememikir hal ini dan bersikap lebih mementingkan pendidikan pelajar-pelajar SRJK(T) kerana pendidikan merupakan satu-satunya aset utama bagi pelajar-pelajar Tamil dalam proses meningkatkan martabat mereka dalam masyarakat ,malah selaras dengan dasar peningkatan human capital yang diajukan oleh YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri.

Sekiranya kerajaan persekutuan dan negeri tidak bertambil hadapan untuk mengatasi kebuntuan dalam menyampaikan bantuan kewangan yang diperuntukkan itu kepada SRJK(T) tanpa berlengah-lengah seperti di harapkan oleh ibubapa, media melaporkan bahawa ibu bapa pelajar-pelajar Tamil tidak akan berdiam diri seperti zaman dahulu,malah akan melancarkan protes secara besar-besaran terhadap pentadbiran SRJK( T) yang menolak bantuan kewangan daripada kerajaan negeri dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Tindakan tersebut mampu menguriskan hati sebahagian besar kaum India di Malaysia.

Justeru itu, adalah diharapkan bahawa kerajaan persekutuan dibawah pimpinan Barisan Nasional bijak mencari jalan untuk menyelesai dilema SRJK(T) tersebut dengan segera supaya dapat mengurangkan perasaan kemarahan yang terpendam dikalangan masyarakat Tamil terhadap kerajaan BN di masa-masa akan datang.

2 comments:

rayliew said...

Kerjasama daripada semua pihak adalah diperlukan untuk membantu dalam menyelesaikan masalah yang timbul khususnya usahawan dan peniaga kaum India untuk menghulurkan bantuan kewangan. Masyarakat Cina di Negeri Sarawak telah lama memperjuangkan pendidikan Cina dan antara pihak yang telah banyak menghulurkan bantuan adalah tauke-tauke Cina dan juga pemimpin masyarakat. Oleh itu semua golongan masyarakat India hendaklah bersatupadu untuk memperjuangkan pendidikan Tamil.

babybee said...

Pihak kerajaan sudah menyediakan SRJK(T) dan SRJK(C) untuk bangsa cina dan tamil selama ini. Ini telah menunjukkan pihak kerajaan tidak mengabaikan pendidikan dan peluang untuk para pelajar untuk mempelajari bahasa Cina dan Tamil. Percayailah Pihak kerajaan . . dapat menyelesaikan masalah karut yang dihebohkan oleh PKR.