Wednesday, November 19, 2008

Kraftangan Tempatan Berjaya Menembusi Pasaran Antarabangsa

Oleh: Tulip Desa
Kraftangan Malaysia telah melaksanakan pelbagai program untuk mempromosikan produk kraf tempatan di luar negara. Dalam usaha melestarikannya, Kraftangan Malaysia telah mengambil beberapa pendekatan dengan menyertai pameran perdagangan utama di beberapa negara seperti United Kingdom, Hong Kong dan Singapura. Skim Insentif Galakan Dagangan telah diperkenalkan untuk membantu usahawan kraf menerokai pasaran baru di Timur Tengah seperti United Arab Emirates (UAE).
Kraftangan Malaysia juga menyertai pameran pengguna atau consumer fare di mana pengusaha berpeluang menjual terus kepada pengguna yang melawat pameran. Pameran seumpama ini turut menarik minat pedagang daripada luar bagi mendapatkan produk baru. Program yang dilaksanakan tidak tertumpu kepada kebudayaan dan keseniaan tetapi keutamaan diberikan kepada penjualan produk kraf daripada batik, logam, kayu dan kraf orang asli. Jadi, tidak hairanlah hasil produk kraf semakin dikenali di persada dunia. Ini terbukti dengan peningkatan jualannya iaitu sebanyak RM218,000.00 pada tahun 2006, dan pada tahun 2007 meningkat menjadi RM294,000.00 dan pada tahun 2008, hasil penjualan ialah RM398,000.00. Tulip berharap Kerajaan akan terus berusaha untuk meningkatkan nilai industri kraftangan tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa.

1 comment:

rayliew said...

Usaha ini hendaklah diteruskan dan perlu dipertingakatkan lagi dari semasa ke semasa untuk menwujudkan jenama kraftangan yang terkenal di seluruh dunia...Kita mempunyai pelbagai jenis kraftangan yang cantik dan bernilai, usaha ini dapat melahirkan lebih ramai pengusaha baru dalam bidang ini yang dapat meningkatkan pendapatan mereka serta negara.. Ianya juga dapat mempromosikan budaya pelbagai kaum Malaysia di seluruh dunia..dan juga menarik pelabur dan pelancong ke negara kita