Thursday, November 6, 2008

Pembangkang tidak puas hati PAC kata tiada bukti !

sumber: Pedang Alif Ba Ta

penulis_cyber

1. Pembangkang memainkan isu ini walaupun kita tahu isu peralatan senjata adalah rahsia yang tidak boleh didedahakan dengan mudah kepada pihak pihak tidak berkepentingan.

2. Keterbukaan TPM Datuk Seri Najib untuk membenarkan PAC menyiasat telah berjaya menaikkan moral bakal PM Malaysia tahun depan. Sekaligus mematikan hasrat pembangkang menjatuhkan maruah beliau yang sekian lama diasak hingga ke dinding oleh pakatan rakyat mereka.

3. Ekoran keputusan PAC tidak menemui unsur meragukan dalam urusan pembelian Eurocopter tersebut maka pembangkang tidak puas hati dan mengandaikan bahawa Pengerusi PAC iaitu Datuk Azmi Khalid menyembunyikan penyelewengan walaupun hakikatnya pembangkang turut sama berada di dalam keanggotaan PAC tersebut. Seperti anggota MP dari DAP kawasan Kepong Tang Seng Gaw dan ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamarudin Jaafar.

4. Apabila perhatian rakyat telah memenuhi ruang isu di atas maka isu liwat telah berjaya dialihkan dari diberi perhatian sepenuhnya oleh penyokong dan pengundi Pakatan Rakyat. Permainan ‘kotor’ demi kepentingan peribadi ini sangat dikesali kerana ia akan membawa politik kita ke era terkebelakang dan tidak lagi mencerminkan pegangan agama dan adat susila timur yang telah berakar umbi sekian lama di negara kita.

Rakyat pasti nampak permainan mereka ini dan kita doakan mereka akan sedar dan berhenti menyokong pergerakan politik tidak bermoral ini.

2 comments:

LIMAUDONG said...

Salam Wira

Biarkan mereka tidak puas hati seumur hidup.
Please don't be a nice guy all the times to "Pakatan Kambing Ragut"

rayliew said...

Pembangkang sememangnya TIDAK akan puas hati sampai bila-bila pun. kalau sudah puas, masing-masing akan cerai, pakatan dibuang terus...