Monday, November 17, 2008

Ekonomi Malaysia tidak alami kemelesetan

KUALA LUMPUR 17 Nov. — Ekonomi Malaysia menunjukkan tidak mengalami kemelesetan, sebaliknya, berkembang dengan lebih perlahan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Kong Cho Ha.

“Dengan itu, ekonomi dijangka mencatat pertumbuhan lebih kurang lima peratus bagi keseluruhan tahun 2008,” katanya ketika menjawab pertanyaan Datuk Nur Jazlan Mohamed (BN-Pulai) di sesi soal jawap di persidangan Dewan Rakyat di sini.

Berikutan pengumuman langkah tambahan sebagai respons terhadap krisis kewangan dunia yang dibentangkan oleh kerajaan pada 4 Nov, Kong menjelaskan bahawa ekonomi negara diramalkan berkembang pada kadar 3.5 peratus pada tahun 2009.

Bagaimana pun, katanya negara tetap tidak terkecuali dari bahang persekitaran global yang tidak menentu.

Walau pun banyak negara mengalami pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan dan sesetengahnya dijangka mengalami kemelesetan, ekonomi Malaysia pula, kata Kong dijangka berkembang perlahan pada separuh kedua tahun ini.

“Sungguh pun, negara kita tidak mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun ini, bahang ledakan krisis kewangan global di Amerika Syarikat dan Eropah sudah mula dirasai di seluruh dunia termasuk Malaysia,” katanya.

— BERNAMA

********************************************

Citra Adora:

Sungguhpun senario ekonomi global sekarang ini berada dalam kelembapan, namun kita masih bersyukur kerana ekonomi Malaysia masih mampu bergerak ke hadapan walaupun perlahan dan dijangka tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi bagi tahun ini.
Bahkan ekonomi Malaysia diramal akan berkembang pada kadar 3.5% pada tahun 2009. Tahniah kepada kebijaksanaan kerajaan kerana berjaya menangani kemelut kegawatan ekonomi dunia ini bagi menjamin kesejahteraan rakyatnya.

1 comment:

rayliew said...

Syabas kepada pemimpin negara kita yang arif dalam menangani masalah kemelesetan ekonomi dunia..yang nyata kerajaan BN pandai mengurus negara..saya yakin BN boleh.