KOTA KINABALU 19 Nov. – Empat bahagian Pergerakan Wanita UMNO yang mencalonkan Tan Sri Rafidah Aziz bagi jawatan Ketua Wanita UMNO pada persidangan baru-baru ini, kini mengalih sokongan kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Berikutan keputusan itu, sehingga hari ini sebanyak 18 daripada 25 bahagian di Sabah memutuskan menyokong agar Shahrizat diberi peluang bagi mengambil alih jawatan Ketua Wanita pada pemilihan Mac depan.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Sabah, Datuk Armani Mahiruddin berkata, keempat-empat bahagian tersebut ialah Keningau, Kimanis, Tuaran dan Semporna.
``Sebelum ini pada persidangan Wanita di seluruh Sabah, sebanyak 14 bahagian mencalonkan Shahrizat sebagai Ketua Wanita yang secara jelas menggambarkan mereka tidak setuju dengan peralihan jawatan pada Jun.
``Hari ini, kita menerima pendirian empat bahagian Wanita yang sebelum ini mencalonkan Rafidah dan mereka kini melahirkan sokongan terbuka kepada Shahrizat untuk bertanding jawatan Ketua Wanita,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Armani berkata, Ketua Pergerakan Wanita bahagian yang menyatakan komitmen ialah Amelia Anjun (Keningau), Maznah Ghani (Kimanis), Jamaliah Antaup (Tuaran) dan Manis Muka Mohd. Dara (Semporna).
Menurutnya, sokongan itu bukan bermakna Wanita Sabah ingin melihat pertandingan bagi merebut jawatan Ketua Wanita tetapi sekadar melahirkan hasrat supaya peralihan dapat dilaksanakan sama dengan peralihan kepimpinan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak. - Utusan
************************************
Oleh: Citra Adora
Sama-samalah kita mendoakan agar keputusan yang terbaik dapat dicapai dan semoga persaingan berlaku secara sihat.
Paling penting pemimpin yang ingin dipilih itu benar-benar berkaliber dan mampu memimpin parti serta tanah air dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab.
Wednesday, November 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Keutamaan kepada perpaduan. Persaingan hendaklah secara sihat dan jangan amalkan politik wang..selepas pemilihan, saya sarankan semuanya bersatupadu semula di bawah satu parti untuk memperjuangkan kepentingan bangsa dan negara.
Post a Comment