Monday, November 3, 2008

Kerajaan Pakatan Di Selangor Diselubungi Sindrom Kecelaruan Pemikiran

Laman Web Pemuda UMNO Malaysia
Posted on Monday, November 03 @ 10:51:28 MYT


Oleh Adnil Mohd


Kuala Lumpur –- Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Reezal Merican Naina Merican menyifatkan pakatan pembangkang yang menerajui Kerajaan Negeri Selangor sekarang sedang mengalami sindrom kecelaruan pemikiran dan dasar kerjasama pakatan tersebut.
Ini katanya dibuktikan dengan tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempersoalkan keputusan kerajaan negeri Selangor melantik Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).


Jelas beliau lagi Pas sudah mula sedar Parti Keadilan Rakyat (PKR) sanggup menjadi boneka kepada sebuah cerita kerajaan yang kononnya ‘terbuka’ tetapi sangat berbau perkauman dan cuba menjolok kesabaran orang Melayu.


"PKR pula menjadi semakin tidak popular di kalangan orang Melayu apabila ramai yang curiga dengan pemikiran dan tindakan pimpinan mereka.


"Mereka sudah termasuk ke dalam jerat pemikiran yang mereka bina sendiri iaitu kesanggupan melondeh hak dan keistimewaan orang Melayu dari atas sampai ke bawah," katanya.


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim baru-baru ini mengumumkan pelantikan Siew Moi yang sepatutnya bersara tahun ini tetapi dilanjutkan tempoh persaraannya sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS untuk tempoh setahun bagi mengambil alih tugas Pengurus Besar PKNS sekarang, Datuk Harun Salim yang akan bersara hujung bulan ini.


Reezal Merican yang juga Pengerusi Biro Ekonomi, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia seterusnya berpendapat, Pas semestinya tidak rela berada dalam arus pemikiran yang berbahaya kepada masa depan politik mereka di kawasan atau negeri majoriti Melayu.


Justeru katanya lagi Pas wajar membuat keputusan yang berani untuk tidak terus berada dalam arus tidak sihat yang dipelopori PKR.


"Usaha yang dilakukan oleh Abdul Hadi adalah bertepatan dengan sentimen masyarakat akar umbi di Selangor yang makin rasa tidak selesa dengan kaedah pentadbiran kerajaan negeri.
"Isu Siew Moi hanyalah sebahagian daripada petunjuk yang membayangkan Pakatan Rakyat dalam keadaan yang sakit dan ini boleh dilihat dalam banyak kes atau isu kebelakangan ini," ujarnya.

2 comments:

Zaidil Ripin said...

Sememangnya PKR adalah senuah parti yang sanggup mengadaikan maruah bangsa sendiri untuk kepentingan kerjaya politik pemimpinya. Mereka tidak menghiraukan nasib rakyat yang menyokong mereka asalkan jawatan mereka tidak tergugat. Ini yang berlaku di Selangor. Seorang menteri Besar yang sering kali membuat onak tentang Orang Malayu.

rayliew said...

Parti komponen Pakatan Rakyat masing-masing mempunyai ideologi dan motif yang berlainan, tidak hairan timbulnya insiden "KECELARUAN".. PKR akan buat apa saja untuk mencapai motif mereka untuk menerajui kepimpinan Pakatan, DAP pula suka membuat ROADSHOW, FASHION SHOW dan PUPPET SHOW untuk mendapatkan sokongan, sementara PAS pula tunduk saja segala arahan yang diarahkan oleh DSAI... Akhirnya semuanya terbongkar, semangat PAKATAN berKECAI terus, masing-masing mula menuduh antara satu dengan lain.. Inilah MUKA SEBENAR pakatan R...