Tuesday, November 18, 2008

HARGA MINYAK TURUN, MENGAPA HARGA BARANG TETAP TINGGI?

oleh: Mustikacitra-indah

Seperti yang telah kita semua sedia maklum, harga minyak (petrol dan diesel) di Malaysia telah mengalami penurunan sedikit demi sedikit. Terbaru, harga minyak telah diturunkan kepada RM2.00/liter. Manakala beras pula telah diturunkan dikurangkan antara 20 sen hingga 30 sen sekilogram mulai kelmarin. (Maklumat Lanjut, Klik Disini).

Namun sering kedengaran di cuping telinga kita mengenai harga barangan runcit dan makanan yang masih pada harga lama ketika harga minyak dinaikkan dahulu. Kenaikan harga barangan runcit dan makanan yang berlaku sebelum ini didakwa dipengaruhi oleh kenaikan harga minyak. Sekarang harga minyak dah turun, mengapa harga barang belum turun?

Mustika sempat mengikuti Malaysia Hari Ini (MHI) pagi tadi dan rata-rata yang memberi respon adalah peniaga samada restoran atau runcit dan juga suri rumah. Peniaga restoran dan runcit mendakwa pembekal menetapkan harga lama, mana boleh mereka menurunkan harga kerana mereka akan mengalami kerugian. Beli dah mahal, takkan nak jual murah. Betul juga, tapi apabila pembekal ditanya mengenai masalah ini (radio ERA, tarikh: lupa) mereka mendakwa pengilang yang tidak menurunkan harga. Mana satu pulak yang betul ni?

Namun setakat ini, mustika tidak mendengar lagi respon oleh pengilang...

Yang pastinya, rakyat yang membeli yang menderita, kalau dulu RM50 boleh beli barang dapur untuk seminggu (kata suri rumah, MHI pagi tadi) sekarang jumlahnya meningkat ke 2 atau 3 kali ganda maknanya RM150 seminggu. Mustika yang bekerja tetap pun terasa peritnya apatah lagi mereka yang berpendapatan rendah malah tak menentu???

Harap pihak yang bertanggungjawab dapatlah menjawab dan menyelesaikan masalah ini. Jangan biarkan rakyat menderita kerana kurangnya penguatkuasaan dari pihak berkuasa.

2 comments:

慧眼识英雄 said...

Harga minyak telah turun ke paras dahulu. Maka adalah wajar bagi pengilang, pemborong dan peniaga kedai menurunkan harga barangan mereka sama-sama. Pihak berkuasa boleh menyekat harga maksimum bagi barangan atau makanan yang dijual di pasaran dan mengambil tindakan terhadap mereka yang menjual barangan dengan harga yang lebih tinggi dari harga maksimum yang telah ditetapkan. Dan tindakan ini juga harus dilaksanakan terhadap pengilang dan pemborong. Walaubagaimanapun sebelum tindakan ini dilaksanakan, pihak berkuasa seharusnya mengaji dengan teliti harga maksimum yang seharus ditetapkan supaya semua pihak yang terlibat ridak mengalami kerugian.

rayliew said...

Kita perlu melihat kembali faktor utama yang mempengaruhi kenaikan harga barangan. Kenaikan sebelum ini disebabkan oleh kenaikan harga minyak sedunia, tetapi setelah harga diturunkan begitu ketara sekali, mengapa pula harga barangan masih kekal tidak berubah dan ada sebahagian barangan menunjukkan kenaikan yang lebih ketara. PUNCA kepada semua ini adalah keengganan para pengilang dan pemborong untuk menurunkan harga barangan kononnya harga minyak kemungkinan akan naik semula dan susah untuk mereka mengubah-ubahkan harga kerapkali yang menyusahkan mereka dan berisiko.. SEBENARnya pernahkah mereka ini menurunkan harga barangan, JAWAPANNYA TIDAK, mereka akan memberi sebarang alasan untuk mendapatkan KEUNTUNGAN. Oleh itu perlu ada satu mekanisme untuk memantau dan mengawal golongan ini, dan perlunya pasukan penguatkuasa yang energetic dan produktif untuk menjalankan tugas pemantauan dan penguatkuasaan.

Yang saya hairan kenapa pemimpin pembangkang diam dan tidak mengambilberat terhadap isu sedemikian...