Oleh: Tulip Desa
Tulip menyokong tindakan Ahli Exco Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM), Nik Rizman Sapian memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang berhubung tindakan meluluskan permohonan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) memasang papan tanda pelbagai bahasa di kawasan tapak warisan di Georgetown. Nampaknya bahasa kebangsaan tidak lagi dihormati oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang apabila mahu menamakan jalan warisan di Pulau Pinang dalam bahasa Cina dan Tamil selain bahasa kebangsaan kita.Setelah lebih lima puluh satu tahun merdeka perkara penting tentang penggunaan bahasa kebangsaan masih hendak dirungkai. Kerajaan Pulau Pinang seakan-akan mahu menafikan perkara-perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia yang termaktub bahawa Bahasa Malaysia adalah sebagai bahasa rasmi negara.
Tulip rasa tidak masuk akal dengan alasan yang diberikan oleh Kerajaan Pulau Pinang yang menyatakan papan tanda tersebut untuk kegunaan pelancong. Adakah semua pelancong yang datang ke Malaysia berketurunan Cina dan India? Setahu Tulip pelancong yang datang terdiri daripada pelbagai bangsa dan bahasa. Selama ini sudah 51 tahun pelancong datang ke Malaysia dengan menggunakan papan tanda yang menggunakan bahasa kebangsaan tanpa sebarang masalah. Penduduk tempatan juga tidak mengalami masalah dengan papan tanda yang sediaada malah pelancong juga tidak pernah merungut kerana mereka tahu ia adalah bahasa rasmi.
Jelas menunjukkan Kerajaan Pulau Pinang sudah luntur dengan semangat nasionalisme dan gemar membangkitkan perkara yang remeh temeh daripada membantu rakyat. Tulip mengharapkan agar Kerajaan Pulau Pinang mempertimbangkan semula cadangan tersebut kerana dikhuatiri akan membangkitkan kemarahan Orang Melayu dan sentimen perkauman. Syabas GGMM. Tindakan GGMM menggambarkan anak muda Melayu tidak akan berdiam diri apabila perlembagaan dan keistimewaan Orang Melayu diganggugugat.
3 comments:
Masih banyak cara dan tindakan lain yang harus diambil oleh kerajaan PP. Usaha melaksanakan perubahan kepada papan-papan tanda di Pualu Pinang itu sebenarnya usaha yang bermotifkan politik parti pembangkang sahaja. Saya tidak nampak usaha itu ke arah memperamaikan lagi dan membantu pelancung yang datang ke Pulau tersebut. Saya ingin mencadangkan kepada Ketua Menteri PP agar mendirikan KUIL terbesar di Dunia dibina di PP dan mencadangkan Tepekong Besar didunia di Pulau tersebut juga. Matlamatnya ialah tak lain tak bukan meperramaikan pelancung Cina dan India ke PP.
saudara/ri bungaraya...
pada hemah saya la kan, bukannya meramaikan pelancong dari India dan China ke P.Pinang tapi sebenarnya akan meramaikan lagi bilangan pendatang haram dari negara-negara berkenaan.
betul tak?
betul saya sokong tindakan saudara Nik Rizman...tapi nape tak mintak tukar sekali nama Georgetown tu...mcm George of the Jungle je.
Post a Comment