Thursday, November 6, 2008

16% KADAR KEMISKINAN DI SABAH BERJAYA DITURUNKAN

oleh: Sumandak bayu

Besar juga 16% kadar kemiskinan yang dapat diturunkan berdasarkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), berbanding 23.0 peratus dalam tahun 2004. Manakala kadar Kemiskinan Tegar telah mencatatkan penurunan kepada 3.7 peratus bagi tahun 2007 berbanding 6.5 peratus dalam tahun 2004....

Satu pencapaian yang cukup kita boleh banggakan sebagai rakyat Sabah.... Sumandak yakin ni semua hasil daripada strategi dan pelbagai program yang diusahakan oleh kerajaan negeri. Diharap peratusan kadar ini akan dapat lagi diturunkan bukan ape sedih btoi hati Sumandak bila Sabah tersenarai antara negeri yang masih mempunyai kadar peratus rakyat termiskin di negara ini........

Sumandak suka melancong kat tempat orang tapi lebih minat bila melancong kat tempat sendiri....Sepanjang lawatan Sumandak dibeberapa kawasan seperti Kinabatangan, Ranau dan Keningau; Sumandak harap agar Kerajaan Negeri dan Pusat perlu melihat lagi kawasan pedalaman Sabah yang masih perlukan pembangunan khususnya kepada infrastruktur dan keperluan asas.....

Sumandak lihat masih ramai lagi penduduk pedalaman Sabah bergantung penuh kepada air graviti....air sungai..... lampu solar....lampu pam.... lampu generater........dan yang utama jalan raya yang perlu sangat-sangat dinaik tarafkan.... Harap suara Rakyat dapat didengar.....

2 comments:

Rebak Anyut said...

wah sumandakbayu...ko ni suka jalan2 ye...untung la hang.Cian yeee.....tengok kawasan xcukup kemudahan asas, tapi kesian lagi kalau jumpa orang yang x cukup makan... nanti kalau ko jalan2 lagi cari ye... kalau jumpa cakap ye...

rayliew said...

Satu pencapaian yang menakjubkan, nyata langkah yang diambil oleh kerajaan BN berhasil, tidak seperti negeri yang diterajui pakatan rakyat di mana keadaan bertambah teruk...kerana kerajaan pakatan tidak pandai mentadbirrrr..