Thursday, November 6, 2008

SYABAS YB NORIAH KASNON, MP SUNGAI BESAR…MP PEMBANGKANG PATUT BERTERIMA KASIH KEPADA KPWKM YANG PRIHATIN.

Oleh: Pemikir

Menjawab soalan MP Maran, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Noriah Kasnon (MP Sungai Besar) beliau melaporkan bahawa kementeriannya sentiasa prihatin tentang keperluan semasa yang melibatkan kebajikan warga Malaysia.

MP Subang (PKR) dalam soalan tambahan meminta penjelasan mengenai kelambatan bayaran oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Beliau juga mengatakan bahawa kenaikan kepada RM720 sebulan bagi mereka yang berpendapatan RM400 ke bawah adalah tidak menepati piawaian antarabangsa. Beliau mencadangkan dengan keadaan sekarang maka RM2000 sebulan adalah munasabah. Beliau juga mencuri kesempatan untuk bermegah dan mendabik dada bahawa PR, sekiranya meneraju kerajaan, berjanji memberi RM2000 kepada tiap yang terlibat.

Timbalan Menteri menjawab bahawa kerajaan BN sejak dulu lagi sentiasa prihatin. Apa yang diberikan sekarang adalah berdasarkan kepada asas-asas yang bersesuaian dengan keperluan semasa. Suatu masa dulu jumlah yang diberi mengikut negeri adalah berbeza-beza tapi kini telah diselaraskan. Kementeriannya akan sentiasa mengkaji keperluan dengan berlandaskan prinsip-prinsip yang diamalkan oleh negara-negara maju.

MP Batu Pahat (BN) tidak bersetuju dengan pandangan MP Sivarasa yang seolah-olah ingin menjadikan Malaysia seperti United Kingdom mengamalkan welfare state. MP Batu Pahat berpendapat bahawa apa yang disarankan oleh Sivarasa adalah tidak munasabah kerana penerima-penerima bantuan akan menjadi malas. YB Noriah menganggap celahan MP Batu Pahat sebagai membina dan kementerian tiada perancangan untuk menjadikan Malaysia sebagai welfare state. Kementerian akan terus mendekati warga-warga berkaitan dengan menggunakan pusat-pusat seperti Giat MARA dikukuhkan dengan sokongan moral.

Pemerhati berpendapat bahawa hujah-hujah MP Sungai Besar sungguh mantap dan fakta-fakta yang dikemukakan begitu meyakinkan Ahli-ahli Dewan termasuk pembangkang. Untuk makluman kawasan-kawasan pembangkang sudah dan sedang menikmati segala program dan bantuan-bantuan KPWKM dipimpin oleh YB Dr. Ng Yen Yen. Sepatutnya pembangkang-pembangkang perlu berterima kasih kepada KPWKM dan kerajaan BN yang sentiasa menjaga kebajikan rakyat.

2 comments:

rayliew said...

Pembangkang MALU untuk berterima kasih..kerana khuatir imej mereka terjejas..

vicky said...

You berfikir pembankang akan mengucapan "TERIMA KASIH" kepada KPWKM?