Thursday, November 27, 2008

Makanan di KL tidak sedap?

Utusan Online

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Ahli Parlimen dari Johor, Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) hari ini mengkritik rasa makanan di bandar raya Kuala Lumpur yang bukan sahaja mahal tetapi tidak sedap langsung.

Mohamad juga mempersoalkan mengapa restoran dan kedai makan di bandar raya ini terlalu kotor.

‘‘Makanan di Kuala Lumpur tak sedap. Saya tengok warga bandar raya walau dihidangkan besi pun dia akan ‘balon’ dan tak ada standard sebab itulah peniaga mengambil kesempatan.

‘‘Makanan di Kuala Lumpur ini tidak boleh dimakan langsung. Kalau minta mi bandung, tak rasa mi bandung, tom yam, asam pedas dan pelbagai lagi tidak rasa seperti makanan tersebut,” dakwanya.

Beliau berkata demikian ketika mencelah semasa Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan menggulung perbahasan di peringkat jawatankuasa Bajet 2009 pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Mohamad menegaskan, kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu diajar untuk melaksanakan tugas mereka dalam memastikan ibu negara mencapai standard yang ditetapkan.

1 comment:

rayliew said...

Kualiti kerja pasukan penguatkuasa hendaklah dipertingkatkan lagi untuk memastikan kebersihan makanan dan minuman di gerai-gerai serta kedai-kedai yang menyediakan makanan.. Memang menjadi kebiasaan para peniaga untuk mengambil kesempatan untuk mengurangkan kuantiti dan QUALITY hidangan makanan dalam keadaan ekonomi sekarang di mana harga barangan telah meningkat mendadak berikutan fenomena harga minyak dunia dan krisis ekonomi global.. kita boikot kedai-kedai makanan tersebut dan beralih ke kedai yang menyediakan hidangan yang sedap dengan harga berpatutan.