Tuesday, November 25, 2008

Si Penipu Besar Terus Menipu Rakyat

Gambar: Http://www.masterdedah.com

Oleh: Tulip Desa

Dengarnya Ketua Pembangkang DSAI akan mengadakan kempen besar-besaran untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Inilah dia sikap bermuka-muka DSAI. Semasa menjadi TPM, beliau begitu mempertahankan ISA dengan menyatakan ia sebagai satu langkah Kerajaan untuk mengawal keselamatan negara. Tetapi sekarang pelbagai kritikan dan hentaman ditujukan kepada Kerajaan dengan niat untuk menjatuhkan Kerajaan sekaligus mengukuhkan kedudukan politik beliau. Beliau mendakwa ISA zalim dan sebagainya. Ada juga golongan pembangkang yang menyatakan ISA ketinggalan zaman. Tetapi bagi Tulip, akta ini sudah berkembang dan prosedur berubah berbanding peringkat awal. Yang paling penting, ISA ini perlu diteruskan selaras dengan objektif utamanya sebagai undang-undang pencegahan untuk mengelakkan berlaku ancaman kepada ketenteraman awam dan keamanan.

3 comments:

anak-malaya said...

Askm

Pak Syekh DSAI itu merupakan seorang Artis Poltik Tersohor.. Lakonan nya cukup berkesan dan ramai yang menjadi peminat setia termasuk tuan guru, peguam dan pemimpin masyarakat.

Terbaru Pak Syekh berminat dengan watak filum hindu.. SIVAJI THE BOS..

vicky said...

The pictures showed two different faces, 2008 face showed the fierceness to gripping for crazy power again. But opportunity knock once only, he had it already.

rayliew said...

teringat kembali watak penjenayah dua muka dalam tayangan gambar SPIDERMAN.. DSAI jelasnya sudah kehilangan ketetapan pendirian, beliau akan membuat apa saja janji-janji atau kenyataan dan selepas itu menukarnya 360 darjah apabila terdesak dengan keadaan semasa untuk mempertahankan imej beliau. Nyata janji-janji kosong beliau tidak begitu "ATTRACTING" lagi, dan dikategorikan sebagai PALSU dan KOSONG oleh orang ramai...