Thursday, November 27, 2008

YB NORIAH (TIMBALAN MENTERI) : SENTIASA "HANDS ON" DI KPWKM

MP Lenggong minta KPWKM menjelaskan kaedah diguna dan tempoh masa diperlukan bagi sesuatu masalah dapat diselesaikan, misalnya kes membantu mangsa rumah terbakar dab adakah Kementerian bercadang menambahkan bilangan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat di setiap daerah. Timbalan Menteri yang juga MP Sungai Besar , YB Noriah Kasnon menjelaskan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa prihatin dalam membantu golongan yang memerlukan bantuan. Kaedah yang digunakan bagi membantu golongan yang memerlukan bantuan ialah dengan membuat siasatan terhadap setiap permohonan yang dikemukakan kepada JKM atau pun melalui rujukan kes dari pemimpin tempatan seperti ADUN, Penghulu, Ketua Kampung ataupun aduan melalui Talian NUR-15999.
Semua permohonan yang diterima akan dijalankan siasatan (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan permohonan sebelum bantuan dipertimbangkan. Laporan siasatan yang lengkap akan disediakan untuk pertimbangan dan kelulusan Pegawai Kebajikan Masyarakat daerah dalam tempoh dua minggu.
Bagi kes yang memerlukan bantuan segera seperti kes mangsa rumah terbakar, JKM akan memberikan bantuan awal dalam bentuk barang-barang keperluan asas seperti tikar, selimut, kain sarung dan juga bekalan makanan sekiranya mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan. Selain itu, bantuan segera berbentuk wang tunai tidak melebihi RM 500 sekeluarga juga dipertimbangkan dalam tempoh tidak melebihi 24 jam selepad siasatan awal dijalankan. Bantuan tambahan dipertimbangkan selepas JKM selesai menjalankan siasatan menyeluruh dalam tempoh 2 minggu selepas kejadian.
KPWKM sentiasa berusaha memastikan perkhidmatan yang disampaikan memenuhi kehendak dan keperluan klien hingga ke peringkat akar umbi. Dalam usaha menambahbaik penyampaian perkhidmatannya, JKM pada tahun 2007 telah diluluskan sebanyak 1,886 perjawatan pelbagai gred di semua peringkat seluruh negara. Pengisian jawatan tersebut telahpun dibuat oleh Pihak Berkuasa Melantik secara berperingkat-peringkat. Sehubungan itu, bilangan pegawai dan kakitangan JKM di peringkat daerah telah ditambah dan mencukupi bagi melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan kepada mereka.
Kementerian sentiasa meneliti dan mengkaji keperluan dan bebanan tugas pegawai dan kakitangan JKM di semua peringkat termasuk di daerah-daerah dan sekiranya wujud keperluan, bilangan mereka akan ditambah.
Umpamanya berikutan daripada keputusan Kerajaan menaikkan had kelayakan pemberian penerima bantuan di bawah Jaringan Keselamatan Sosial sepertimana diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan bajet 2009 pada 29 Ogos 2008 iaitu daripada RM400 kepada RM 720 di Semenanjung Malaysia, RM830 di Sarawak dan RM960 di Sabah dan Labuan, Kementerian telah melantik pegawai-pegawai secara sambilan untuk melaksanakan tugas ini secara project-based bagi meningkatkan kecekapan dan liputan urusan penyampaian kepada masyarakat di peringkat daerah.
Wira mengalu-alukan penjelasan Timbalan Menteri dan KPWKM yang sentiasa prihatin terhadap kebajikan rakyat di negara ini.

1 comment:

rayliew said...

Seorang Timbalan Menteri yang efisyen dan berperihatin, nyata beliau selalu turun padang mendampingi rakyat..