Oleh: Citra Adora
Masalah kegiatan mengemis di kalangan rakyat tempatan dan asing semakin meningkat dewasa ini tetapi masih terkawal. Dalam menangani masalah ini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah melaksanakan operasi menyelamat pengemis dari semasa ke semasa berdasarkan Akta Orang Papa 1977 (Akta 183). Operasi ini diadakan secara kerjasama padu di antara agensi penguatkuasa seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri/Daerah.
Melalui operasi menyelamat yang dijalankan, pengemis dan kutu rayau akan ditahan sementara selama sebulan mengikut seksyen 3(2), Akta Orang Papa 1977 bagi menjalankan siasatan serta menyediakan laporan sosial. Sekiranya terbukti seseorang itu adalah pengemis atau kutu rayau, maka majistret boleh mengeluarkan perintah masuk ke pusat pemulihan selama 3 tahun untuk pemulihan di Desa Bina Diri, Jerantut, Pahang (lelaki) atau Desa Bina Diri Mersing, Johor (lelaki dan wanita) mengikut seksyen 3(4) Akta Orang Papa 1977.
Manakala bagi pengemis warga asing, mereka akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya.
2 comments:
masalah pengemis memang harus ditangani. Terutamanya sekarang di kawasan bandar atau kedai makan di pusat beli belah, terlalu banyak pengemis yang mengemis dan menyebabkan keadaan yang tidak senonoh. Ini akan menjejaskan imej negara kita juga di mata pelancong asing.
Tindakan yang cepat dan tegas hendaklah diambil kerana masalah ini semakin serius di kawasan bandar di mana kita dapat lihat golongan ini merayau meminta sedekah di kedai-kedai makanan serta tindur di kaki lima kedai. Yang menyedihkan sekali sejak kebelankangan ini berlakunya beberapa kes kematian pengemis yang tidur di kawasan kaki lima kedai atau dipukul sehingga parah kerana menganggu pengunjung pusat hiburan malam. Kewujudan golongan ini telah mencemarkan imej negara di mata pengunjung dan pelancong asing yang melawat ke negara kita..
Pemantauan hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa terhadap mereka yang telah keluar dari pusat pemulihan supaya mereka tidak melakukan budaya sedekah lagi..
Post a Comment