Tuesday, November 11, 2008

Peralihan Kuasa Wanita UMNO Kekal Jun 2009

Oleh: Citra Adora

Mesyuarat Exco Wanita Umno memutuskan bahawa pelan peralihan kuasa kepemimpinan pergerakan itu kekal pada Jun 2009. Manakala jawatan ketua dan naibnya tidak akan dipertandingkan pada pemilihan parti pada Mac depan.
Ketika mengumumkannya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat empat jam itu, Ketuanya, Tan Sri Rafidah Aziz menjelaskan, keputusan berkenaan dicapai selepas perbincangan mendalam demi perpaduan serta menguatkan parti dan Presiden kerana Wanita menjadi tulang belakang Umno.
Ini bermakna Tan Sri Rafidah Aziz akan menyerahkan tampuk pimpinan Wanita Umno kepada penolongnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada Jun 2009 bagi meneruskan kesinambungan perjuangan Wanita Umno dan moga-moga Datuk Seri Shahrizat berjaya mengangkat serta mengukuhkan kedudukan parti ke tahap yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

1 comment:

rayliew said...

Baiklah kalau kedua pihak dapat mencapai persetujuan..Ianya dapat mengukuhkan lagi perpaudan di kalangan Wanita UMNO..dan juga kekuatan UMNO pada keseluruhannya.