Tuesday, November 25, 2008

MP Sungai Besar, YB Noriah Kasnon, Timbalan Menteri, KPWKM sentiasa prihatin terhadap warga Mak Nyah

Oleh: Pemikir

YB Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' telah meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menjelaskan kedudukan warga Mak Nyah. Perkara yang sama juga telah ditimbulkan oleh MP Tenggara, Dato' Halimah Saddique.
MP Sungai Besar (Timbalan Menteri) menjawab bahawa kementeriannya telah menyediakan perkhidmatan dan bantuan sokongan sosial kepada semua ahli masyarakat yang memerlukannya. Bagi wanita dan Mak Nyah yang telah insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan, kementerian melalui Jabatan Pembangunan Wanita menyediakan program-program pembangunan kapasiti seperti Kemahiran Wanita & Ibu Tunggal. Melalui program ini, latihan yang diberikan adalah termasuk kemahiran dalam bidang jahitan, kraftangan, pelancongan, penjagaan kanak-kanak, pemprosesan makanan, bakeri, salon dan terapi kecantikan.
Menerusi pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi daripada program sedemikian, golongan tersebut boleh mencebur diri dalam pasaran pekerjaan atau memulakan usaha niaga sendiri. Bagi memulakan perniagaan secara kecil-kecilan, mereka juga boleh memohon Geran Pelancaran yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM2,700 maksimum.
Bagi kanak-kanak perempuan di bawah umur 18 tahun yang terdedah kepada bahaya moral atau terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pelacuran atau aktiviti seks, perlindungan boleh diberikan di Institusi Taman Seri Puteri, Jabatan Kebajikan Masyarakat. Antara program-program yang dijalankan di institusi ini ialah jagaan dan perlindungan, kaunseling dan bimbingan, pendidikan formal dan tidak formal, pendidikan agama dan moral, latihan vokasional dan aktiviti riadah.
Bagi wanita dan Mak Nyah yang terdedah kepada bahaya moral, terdapat beberapa NGO yang menyediakan rumah perlindungan. Sehubungan dengan perkara ini, kementerian juga melalui pakatan bestari dengan NGO telah mewujudkan sebuah Pusat Bantuan Khidmat Sosial (PBKS) secara perintis di kawasan risiko tinggi untuk memberikan bantuan kepada golongan berkenaan. PBKS ini menyediakan tiga bentuk perkhidmatan utama iaitu tempat singgah (drop in), jangkauan (outreach), kaunseling serta khidmat maklumat.
Ketiga-tiga perkhidmatan ini menekankan kepada aspek pendidikan, latihan kemahiran, pencegahan, rawatan, penjagaan dan bantuan khidmat sokongan sosial seperti mencarikan pekerjaan, menolong dalam proses mendapatkan dokumen pengenalan diri dan penempatan di institusi kebajikan sekiranya diperlukan.
Wira berpendapat bahawa kementerian amnya dan Timbalan Menteri khasnya sangat prihatin kepada warga Mak Nyah yang menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan supaya sama-sama dapat menikmati perhatian dan bantuan daripada Kerajaan. Kementerian perlu meneruskan program yang memberi khidmat kepada Mak Nyah/lelaki lembut supaya mereka tidak merasa terpinggir kerana mereka ini juga mempunyai hak-hak sebagai warganegara termasuklah mengundi.

2 comments:

rayliew said...

Pihak kerajaan BN senangtiasa berperihatin untuk menyediakan segala bantuan dan sokongan kepada semua golongan masyarakat dan tidak pernah meminggirkan mana-mana pihak. Tetapi kerajaan Pakatan Rakyat masih kurang matang dalam konteks ini dan seringkalinya usaha yang dilakukan hanyalah untuk tujuan publisiti sahaja, NO ACTION, TALK ONLY..

aneess said...

MALAYSIA FREE JAVA CODES,COMPUTER WALLPAPERS AND FREE FLASH QUOTE