OLEH: PEMIKIR
(DAP) MP Batu Gajah menimbulkan kononnya MP BN menggunakan bahasa yang tidak sesuai dalam Dewan Parlimen. Beliau menyatakan bahawa MP tersebut menggunakan ungkapan seperti "tak masuk...main-main tepi aje"terhadap MP pembangkang. Beliau menganggap ini lucah maka speaker perlu bersikap tegas. Hujah Batu Gajah di sokong oleh Ipoh Barat yang menyebut bahawa ada MP BN yang kononnya menuduh "speaker berat sebelah".MP Titiwangsa dan Kuching turut senada.
Batu Gajah perlu banyak membaca buku-buku Melayu yang mengandungi bahasa-bahasa kias di mana ungkapan-ungkapan digunakan secara indirect untuk menyindir supaya pihak lawan dapat faham maksud dengan jelas. Dalam hubungan ini, apa yang disebut oleh MP Pasir Salak adalah tepat dan ikhlas. Beliau tidak cuba memutar belitkan bahasa supaya pembangkang mudah faham penjelasan MP BN.
MP Ipoh Barat, Titiwangsa dan lain-lain lagi sepatutnya tiada masalah dalam aspek bahasa. Ahli-ahli Parlimen di United Kingdom, Australia, New Zealand juga menggunakan ungkapan-ungkapan yang romantis untuk menggambarkan fenomena atau situasi-situasi untuk ahli Dewan lebih memahami.
1 comment:
Pemahaman individu berkenaan sesuatu kenyataan atau bahasa yang dinyatakan adalah berlainan, dan terpulanglah kepada masing-masing untuk memahami maksudnya. Dalam konteks ini, fikiran MP DAP nyata terpesong kepada yang BUKAN-BUKAN (LUCAH).. orang cakap lain, dia fikir lain.. salah dia sendiri. mengapa orang lain tidak berfikiran sedemikian???
Post a Comment