Thursday, November 6, 2008

SEGAMAT MENJADI BANDAR RAYA PADA 2020?…PELAN RTD SEGAMAT MEYAKINKAN.

Oleh: Pemikir

Berita Harian bertarikh 6 November 2008 memaparkan seruan meminta penduduk daerah Segamat meneliti pameran Draf Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Segamat 2020 di pusat-pusat pameran bertempat di Majlis Daerah Segamat dan Majlis Daerah Labis. Mereka boleh memberi pandangan terhadap perancangan bersesuaian dengan keperluan setempat dan masa.

Pelan 2020 ini merupakan satu lagi perancangan Kerajaan Negeri Johor dan juga BN bertujuan untuk meningkatkan kemakmuran ekonomi negara amnya dan penduduk-penduduk setempat khususnya. Pembangunan ini juga adalah untuk menggalakkan pelancongan, pertanian dan industri seterusnya menjurus kepada pembangunan beberapa koridor ekonomi.

PEMERHATI MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA KEMENTERIAN BERKAITAN, KERAJAAN JOHOR DI BAWAH YAB MENTERI BESAR, EXCO NEGERI, MP SEGAMAT/LABIS/TANGKAK, ADUN-ADUN, KETUA-KETUA BAHAGIAN UMNO SEGAMAT DAN SEKIJANG DAN LAIN-LAIN LAGI UNTUK MENINGKATKAN PERTUMBUHAN EKONOMI DAERAH DAN PENDUDUK SEGAMAT.

Projek-projek utama seperti cadangan Lebuh raya Tangkak-Segamat, Hub Autocity, naiktaraf kemudahan Taman Negara Endau-Rompin, Selai dan Pengezonan Industri Biodiesel dan lain-lain lagi pasti akan melonjakkan ekonomi daerah tersebut.

Wira yakin bahawa Segamat 2020 akan menjadi kenyataan dan tarikan kepada pelaburan-pelaburan besar sehingga mengubah taraf Segamat menjadi bandar raya pada 2020.


SILA LAWATI DRAF RTD SEGAMAT 2020 DI MAJLIS DAERAH SEGAMAT DAN MAJLIS DAERAH LABIS.

1 comment:

rayliew said...

Tahniah dan teruskan perjuangan.