Wednesday, November 26, 2008

Malaysia Konsisten Mengutuk Keganasan Entiti Zionis Dan Tel Aviv Di Palestin

Oleh: Pemikir

MP Batu Pahat telah mengusulkan kepada Dewan usul meminta Parlimen membincangkan perkara berkaitan dengan zionisme. Speaker berhujah bahawa perkara ini telahpun dibincangkan secara mendalam oleh Kementerian Luar dan dengan itu tidak perlulah Dewan membahaskannya. Usul Batu Pahat disokong oleh MP PAS.
Perkara zionisme ini bukanlah satu yang baru dalam Dewan. Malah perkara ini sentiasa menjadi topik hangat di dalam persidangan Dewan semasa entiti zionis mengganas dan menzalimi penduduk-penduduk di Tebing Barat, Semenanjung Gaza, Palestin. Malaysia bersuara lantang mengenai isu ini di persidangan antarabangsa termasuklah di PBB, New York. Keganasan zionis ini dikutuk oleh majoriti ahli-ahli PBB semenjak Israel wujud di atas bumi Arab pada tahun 40-an dahulu. Arab Saudi selama 20 tahun, melalui Wakil Tetapnya di PBB bernama M. Baroody, mengutuk keras pembentukan entiti ini. Namun penyokong-penyokong zionis masih berdegil dan tidak mempedulikan ratusan resolusi-resolusi PBB mendesak entiti zionis memberhentikan kegiatan zalim mereka.
Wisma Putra mempunyai pendirian yang konsisten dalam hal ini dan tidak putus asa memperjuangkan hak mutlak rakyat Palestin yang tidak berhenti-henti menghadapi keganasan dan pembunuhan oleh serangan peluru berpandu dan pesawat-pesawat udara/helikopter.
Pemerhati bersetuju dengan keputusan Speaker kerana ada perkara-perkara lain yang lebih penting perlu diselesaikan. Mungkin zionisme ini boleh diutarakan dalam sesi-sesi yang bersesuaian dalam Dewan.

2 comments:

rayliew said...

Apa guna kita membincangkan hal kekejaman yang berlaku di negara lain, sedangkan keadaan politik di negara telah diumbang-ambingkan oleh pakatan rakyat sejak bulan Mac, 2008. Perlulah kita fikir-fikirkan keadaan di negeri-negeri yang diterajui oleh pakatan rakyat, ketidakadilan masih wujud dan masalah rakyat semakin bertambah, kerana kerajaannya yang tidak pandai mengurus.. Apa guna mereka ini dari Pakatan Rakyat mengkritik kerajaan negara lain sedangkan mereka sendiri tidak pandai mentadbir negeri yang diterajui..

rayliew said...

Pakatan Rakyat lebih ZIONIS dalam konteks ini, janji-janji tidak ditepati dan masalah semakin menjulang..yang ruginya masyarakat negeri yang diterajui Pakatan.."HABUK PUN TAK ADA"