Monday, November 3, 2008

KEBEBASAN BERSUARA DAN MELAHIRKAN PENDAPAT JANGAN DISALAH GUNAKAN

oleh: Mustikacitra-indah

MP Pembangkang di Dewan Rakyat hari ini mempertikaikan keputusan Polis mengharamkan perhimpunan atau demonstrasi yang dianjurkan oleh parti pembangkang. Mereka dengan bangga menjadikan Artikel 10, Perlembagaan Persekutuan sebagai senjata untuk mematahkan hujah MP dari Kerajaan. Apakah mereka lupa bahawa sikap sesetengah pemimpin mereka dan sikap keterlaluan penyokong-penyokong parti merekalah yang telah menyebabkan polis terpaksa mengharamkan perhimpunan mereka. Malah ada juga sesetengah penyokong mereka bertindak biadap atau kurang ajar dengan merosakkan harta benda awam dan mencederakan pihak berkuasa.

Nasihat Mustika, jangan gunakan Artikel 10 Perlembagaan sebagai alasan untuk menyalahkan KERAJAAN dan POLIS apabila PARTI PEMBANGKANG gagal mendapatkan permit untuk perhimpunan mereka.

*********************************************************************************************
p/s: PARTI PEMBANGKANG WALAUPUN TAK DAPAT PERMIT TETAP BUAT PERHIMPUNAN JUGAK (PERHIMPUNAN HARAM)

1 comment:

rayliew said...

ARTIKEL 10 janganlah disalahgunakan untuk kepentingan peribadi.. BUDAYA DEMONSTRASI tidak diterima di negara kita..Kita tidak mahu demonstrasi berlaku di negara kita yang aman ini, lihatlah negara jiran yang seringkali demonstrasi..kerajaan negara jiran tumbang dan pemimpin negara sering berganti-ganti...
Itulah sebabnya diwujudkan PERMIT, kalau tak ada permit, sebarang perhimpunan adalah dianggap melanggar undang-undang.. BUDAK kecil juga menghormati undang-undang sekolah dan rukun negara, Apatah lagi mereka yang suka demonstrasi ini sudah dewasa.. Tak patut ni.