OLEH : PEMIKIR - MT
Kalangan ahli PAS di semua peringkat kali ini sudah berkira-kira serta memikirkan hala tuju parti yang mereka dukung selama ini. Dalam Muktamar Agung nanti mereka boleh menentukan apa yang mereka kehendaki. Justeru, jika semua ahli ingin melihat parti mereka kuat, mereka kena melakukan perubahan dari segi pimpinan PAS itu sendiri supaya PAS tidak menjadi kuda tungganggan kepada Anwar Ibrahim.
2. Kini dilihat seolah-olah PAS mengikut rentak gendang PKR dan DAP, kewibawaan PAS jelas dapat dilihat serta disegani di zaman Allahyarham Dato’ Mohamad Asri Muda, sedangkan tidak digelar atau mengelarkan dirinya ulama. Mengapa ini boleh berlaku? Apakah pimpinan muda dalam PAS hari ini tidak mampu merealisasikan impian mereka? Apakah golongan profesional dalam PAS hari ini takut untuk menyuarakan padangan mereka setiap kali mesyuarat AJK Pusat diadakan? Atau golongan cendekiawan dalam PAS hari ini sudah selesa dengan jawatan-jawatan yang mereka sandang.
3. Muktamar Agung PAS kali ini diharap dapat membuahkan satu keputusan yang baik terutamanya dari sudut memilih pucuk pimpinan PAS, iaitu samada golongan
yang mengelarkan diri mereka sebagai ulama dikekalkan atau sebaliknya.
4. Golongan cendekiawan sepatutnya sedar bahawa mereka disisihkan dari kepimpinan dengan melabelkan golongan itu tidak ulama selain itu puak-puak berjubah menganggapkan PAS itu Islam dan Islam itu PAS, dua perkara yang tak boleh dipisahkan sedangkan yang sebenarnya PAS itu parti dan Islam itu agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t untuk dijadikan panduan hidup bagi memperolehi kebahagiaan di dunia dan kebahgiaan akhirat.
5. Sedangkan PAS parti politik yang ditubuhkan setelah tidak berpuas hati dengan parti UMNO. PAS bukannya Islam sepertimana yang didakwa oleh setengah pihak, PAS hanya memperalatkan Islam bagi tujuan mengaburi mata rakyat bawahan untuk mencapai kemenangan dalam pilihanraya.
6. Golongan akademik yang ada dalam PAS bertanggungjawab untuk mengubah persepsi ahli-ahli dan para penyokong PAS yang merasakan golongan ulama sahaja yang berhak menjawat jawatan Presiden adalah tanggapan yang salah sebenarnya siapa sahaja boleh menjadi Presiden dan Timbalan Presiden PAS, asalkan mereka menjadi ahli dan layak menawarkan diri supaya di calon untuk semua jawatan termasuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Selama ini mereka dikelirukan oleh golongan yang mengelarkan diri mereka ulama sahaja berhak dan layak menjadi Presiden dan Timbalan Presiden PAS pendek kata golongan yang tidak berjubah ditipu hidup-hidup golongan yang memakai jubah.
7. Golongan cendekiawan yang tidak berjubah dianggap sebagai golongan radikal dalam PAS. Seharusnya mereka membaca perlembagaan PAS, khususnya atikel 6 dengan jelas menyatakan siapa sahaja boleh memegang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden asalkan mereka dicalon dan dipilih oleh perwakilan dalam muktamar yang diadakan.
8. Allahyarham Dato’ Mohamad Asri Muda telah memimpin PAS sekian lama, kewibawaannya tidak siapa pun dikalangan ahli-ahli PAS dapat menafikan kemampuan serta kebolehannya, justeru akhirnya bergabung dengan BN. Beliau tidak pernah mengelarkan dirinya sebagai tok guru, ulama atau ustaz.
9. Allahyarham Zulkifli Mohamad pernah menjadi Presiden PAS sekian lama, kebolehan memimpin tidak siapa pun yang
menafikan kejayaannya. Di zaman beliau PAS begitu mantap dan kuat, beliau juga tidak pernah mengelar diri beliau sebagai tok guru atau ulama. Begitu juga Allahyarham Dr. Borhanuddin pernah menjawat jawatan yang serupa namun tidak pernah terkeluar dari mulut beliau mengelarkan dirinya sendiri sebagai ulama.
10. Justeru puak-puak yang berjubah dalam PAS ini jangan menganggap jawatan Presiden dan Timbalan Presiden itu hak puak-puak pakai jubah. Jubah pakaian orang arab, bukannya pakaian orang melayu. Bila pakai jubah terus jadi ulama, kalau begitu penyangak pun boleh jadi ulama bila berjubah.
11. Ulama boleh definasikan dengan orang yang arif dalam satu-satu bidang ilmu atau pakar dalam satu bidang boleh digelarkan dengan alim, bukannya diri sendiri mengelarkan ulama. Apa lagi jika pergi meminta-minta istana mengazetkan sebagai tok guru dan meminta dengan istana mengiystiharkan pula dengan gelaran tok guru , lagi dahsyat.
12. Golongan akademik yang tidak berjubah saperti Dr. Hassan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor), Husam Musa (Naib Presiden), Nasharuddin Mat Isa (Timbalan Presiden merangkap Ahli Parlimen Bachok, Kelantan), Dr. Hatta Ramli, Kamaruddin Jaafar, Mohamad Awang dan lain tokoh dalam PAS yang tidak bergelar ulama semuanya layak menduduki kerusi Presiden dan Timbalan Presiden. Orang-orang inilah yang layak dipilih kerana pandai menilai ini dunia dan itu akhirat. Kedua-duanya perlu berusaha, dan jangan mudah membuat sebarang keputusan.
13. Jika ini berlaku, berfikirlah dengan waras nasib bangsa sendiri, cukuplah berpura-pura memperjuangkan Islam melalui PAS, jika betul-betul ingin berjuang untuk Islam dan rakyat maka bergabunglah dengan BN atas nama Melayu, bangsa dan agama. Berjuanglah bersama-sama dengan UMNO demi melihat perpaduan dan keharmonian hidup bangsa Melayu, bersatulah demi agama Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia.
14. Bersatulah dalam satu saf untuk mencapai misi, visi kita iaitu menjadi negara maju tahun 2020.
MT
TINGKAT 6.COM
07 MEI 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment