Monday, May 4, 2009

TIPU DAYA DSAI MENANTI DI PENANTI...AWAS!

Oleh: Pemikir - MM

Rakyat Pulau Pinang kini dalam keadaan bersedia untuk pilihan raya kecil DUN Penanti dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh. PKR telah mengumumkan calonnya Dr. Mansor bekas Setiausaha Politik DSAI dan juga bekas Pensyarah USM untuk bertanding. Sementara itu PAS juga hendak menurunkan seorang calonnya. DAP di bawah Lim Guan Eng diam menyepi memberi peluang untuk DSAI membuat caturan.

BN Pulau Pinang masih berharap BN akan bertanding di dalam pilihan raya kecil ini kerana penyokong-penyokong BN di Penanti masih wujud. BN/UMNO Pusat berpendapat bahawa pertandingan ini adalah cacat kerana kekosongan kerusi DUN itu oleh Mohd Fairus Khairuddin adalah urutan dari tipu daya dan muslihat negatif PKR yang suka sangat mengada-adakan pilihan raya kecil sebagai taktik yang tidak waras.

Rata-rata warga Pulau Pinang terutamanya dari Penanti merasakan BN perlu meletakkan calonnya di DUN Penanti yang akan membuang undi pada 31 Mei 2009. Mereka berpendapat bahawa BN tidak kurang calon yang berwibawa untuk bertanding sama ada menang atau kalah.

1 comment:

Normala Rahim said...

Suatu lagi gelagat Lim Kit Siang yang kita perlu awasi. Ini suatu komen yang saya temui kat blog kawan (dalam bahasa inggeris)

This is something I would like to share with all friends.When I first went into Lim Kit Siang's blog (blog.limkitsiang.com), the first thing I read is him calling Mukhriz (Jerlun MP) and Tan Keng Liang (gerakan kedah youth chief) as people "lack of grey matters" and silly. That was about 2 weeks ago. Today, I read that he said "the IQ of the Health Minister, Datuk Seri Liow Tiong Lai, who is MCA Vice President and Penang MCA State chief, is highly suspect when he could not understand simple English". The problem is that the more Lim Kit Siang branding that he is smarter than the rest of the people in the world (which I don't belief), the more people will just see him as a person barking on the wrong tree. I support DAP but I wish that our party's chairman can be more polite when addressing other leaders (whether they are Barisan or Pakatan). Otherwise, this will set bad example to the new generation of Malaysians.