OLEH : PEMIKIR - MM
Isu H1N1 terus menjadi topik utama di semua negara di dunia ini. Ia mula dikesan di Negara Mexico di mana terdapat jumlah yang dihinggap penyakit ini agak besar dan jumlah kematian lebih kurang 300 orang. Pakar-pakar cuba mengkaji dan mengesan punca H1N1 ini yang berasal dari babi. Pakar-pakar telah memanggil wabak ini sebagai selsema babi. Mereka menjangkakan bahawa sekiranya tidak dikawal ia mungkin merebak ke seluruh dunia. Negara jiran iaitu Amerika Syarikat merupakan negara pertama dijangkiti selsema babi. Pelancong-pelancong yang keluar dari Amerika Syarikat ke negara-negara sasaran masing-masing telah menarik minat para-para pencegah penyakit ini disemua pintu-pintu masuk.
Oleh kerana wabak ini membawa implikasi kepada industri babi terutamanya di Egypt dimana 300,000 babi telah dibunuh, maka pakar-pakar bersetuju untuk menamakan semula wabak ini sebagai H1N1. Oleh kerana tindakbalas oleh tiap-tiap negara agak pantas, maka wabak H1N1 ini dapat diredakan. Amerika Syarikat telah mengeluarkan ubatan yang cukup banyak bagi mempastikan wabak ini dapat dihentikan.
Tindakan oleh Kerajaan Malaysia terutamanya Kementerian Kesihatan juga tidak kurang pantasnya. Pakar-pakar perubatan dan juga pencegah-pencegah wabak ditempatkan di semua pintu masuk terutamanya di Lapangan Terbang seluruh Malaysia untuk mengesan pelancong-pelancong dan rakyat yang masuk ke Malaysia. Tindakan kerajaan didapati komprehensif terutamanya setelah mendapat mengenal pasti beberapa pembawa kuman H1N1 yang masuk di KLIA dari Amerika Syarikat. Setakat ini semua kesan-kesan yang diperolehi adalah negatif.
Pemerhati berpendapat bahawa dalam keadaan negara yang telah dapat membangunkan program-program kesihatan dan perubatan dulu dan sekarang, telah dapat membantu Malaysia menangani wabak H1N1 setakat ini, walaupun WHO belum memutuskan bahawa wabak ini sudah 100% selesai. Namun media di Malaysia telah memainkan peranan baik untuk sama-sama prihatin terhadap wabak ini yang sekiranya berlaku 30 tahun dahulu, agak sukar dikawal. Kegigihan dan kprihatinan YAB PM dan TPM dalam menangani H1N1 ini sungguh dialu-alukan. Semoga wabak ini akan berlalu segera dan Malaysia dilindungi Allah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment