Tuesday, May 26, 2009

KEDEGILAN DS NIZAR DALAM POLITIK BOLEH MENJATUHKAN BELIAU

OLEH ; PEMIKIR - MM

DS Nizar masih tidak mahu mengaku kalah walaupun panel rayuan telah memutuskan atas asas-asas undang-undang bahawa DS Zambry adalah MB Perak yang sah. Tanpa usul periksa Nizar telah mengarah peguamnya untuk membawa kes ini keperingkat persekutuan. Disini jelas tujuan Nizar adalah untuk mempertikaikan integriti kehakiman Malaysia. DSAI turut tidak berpuashati dan sanggup menyelar DS Zambry adalah MB mahkamah.

Rakyat Perak memerlukan ketenteraman dan pembangunan diteruskan mengikut jadual. Selama beberapa bulan pembangunan negeri tergendala akibat daripada tindakan Nizar dan konco-konconya menyalahgunakan mahkamah untuk kepentingan sempit mereka. Apalah salahnya Nizar menerima keputusan panel rayuan?. Sebenarnya Nizar menggunakan politik Perak untuk melonjakkan diri beliau supaya dipilih sebagai salah satu jawatan Naib Presiden dalam jawatankuasa tertinggi PAS pada muktamarnya, 3 Jun 2009. Lagi hampir muktamar ini, lagi banyak hal Nizar cuba timbulkan.

Rakyat Perak sudah mulai bosan. En. Mohd. Ghazali Osman dalam suratnya kepada akhbar NST, 26 Mei 2009 menulis mengenai Perak dengan mengatakan "enough is enough". Disini beliau mengatakan bahawa Nizar tidak berhenti merengek seperti kanak-kanak bahawa dia kehilangan kuasa. Dia menuduh orang lain tetapi lupa bahawa dialah punca kepada kegagalan dan masalah yang dihadapi sendiri. Penulis ini seterusnya berkata Nizar memang tidak sesuai untuk menjadi MB

Pemerhati politik Perak berpendapat bahawa sejak mula krisis ini timbul, Nizar yang mempunyai kedegilan dan keangkuhan diri, akan terus bersikap biadap kepada dirinya sendiri dan juga kepada rakyat Perak. Kalau beliau teruskan dengan cara begini, beliau tidak akan dapat bertahan lama dalam politik baik diperingkat DUN ataupun parlimen. Ubahlah cara berfikir jikalau Nizar mahu menjadi seorang ahli politik kental dan dinamik. Setakat ini perkara ini tidak mudah dicapai oleh beliau.

No comments: