Monday, May 18, 2009

KONSEP 1 MALAYSIA KIAN DIFAHAMI

OLEH : PEMIKIR -MM
Konsep 1 Malaysia sudah mula difahami oleh rakyat Malaysia. Ini jelas apabila ia dapat diaplikasikan dalam apa jua program atau tindakan kerajaan untuk menyatupadukan rakyat. MIC melalui Majlis Tertingginya cuba mewujudkan satu konsep berteraskan 1 Malaysia iaitu 1 Indian. Ini merupakan satu anjakan dalam MIC yang boleh dianggap progresif di mana orang-orang India tidak kira parti, keturunan berada di bawah satu panji.
1 Malaysia juga mulai di guna untuk menyatupadukan belia-belia kita yang berbilang bangsa terutamanya oleh Kementerian Belia dan Sukan. Ini boleh direalisasikan melalui program-program yang sedia ada untuk tahun ini dan seterusnya.Kementerian ini berupaya memainkan peranannya bagi mencapai matlamat YAB Perdana Menteri.
Yang pentingnya dalam konsep ini adalah semua rakyat perlu faham bahawa konsep ini bukanlah baru malahan ia telah diasaskan sejak hari merdeka lagi. Pada ketika itu orang-orang Melayu yang telah banyak berkorban termasuklah memberi kerakyatan kepada orang Cina dan India hingga sekarang orang-orang Melayu yang terdiri daripada 65 % rakyat Malaysia masih mempertahankan hak keistimewaan seperti termaktub dalam Perlembagaan. Wujudnya kontrak sosial antara kaum merupakan asas kepada perjalanan kerajaan dan kemntapan masyarakat majmuk di Malaysia. Ini sebagai asas satu Malaysia mempunyai tujuan yang sangat murni iaitu tidak mahu meminggir kaum-kaum lain dan hak-hak mereka turut terdapat dalam perlembagaan.
Dengan adanya 1 Malaysia, kerajaan dapat elakkan insiden-insiden yang berbau perkauman dan juga ketegangan-ketegangan yang boleh membawa kepada keganasan seperti yang berlaku di negara-negara asing. Agak sukar untuk umpamanya rakyat Somalia atau sudan untuk mencapai status 1 Somalia atau 1 Sudan walaupun kelompok-kelompok yang ada dalam negara tersebut mempunyai asal-usul yang sama. Pergaduhan dan perebutan kuasa tak berhenti-henti membara di kedua-dua negara ini. Mereka tidak boleh mimpi untuk mencapai apa yang telah di capai oleh pemimpin-pemimpin BN/UMNO di Malaysia sejak merdeka.
Walaupun banyak pengkritik-pengkritik dan mereka-mereka yang was-was terhadap 1 Malaysia, pemerhati yakin bahawa niat YAB Perdana Menteri sungguh mulia iaitu untuk mengukuhkan keharmonian rakyat majmuk di Malaysia ini, YAB percaya bahawa majoriti rakyat adalah bersama-sama beliau yang memang bersungguh-sungguh dalam proses menyatukan rakyat. YAB juga yakin bahawa warga belia / muda tidak menyukai kepada perpecahan rakyat. Bagi mereka-mereka yang was-was, berilah masa dan sokongan kuat kepada hasrat YAB PM dan juga kerajaan BN/UMNO untuk rakyat terus bersatu dan maju.

No comments: