OLEH : PEMIKIR - MM
Gelombang politik di Perak terus meningkat apabila ada usaha-usaha pembangkang untuk mematikan demokrasi. Sivakumar Speaker DUN Perak merayu kepada Paduka Sultan untuk membatalkan persidangan DUN 7 Mei ini. Mereka mencari alasan-alasan untuk membuat demikian.
orang-orang Perak makin keliru dengan gelagat pembangkang dan ini sudah pasti membuang masa dan merugikan rakyat perak yang masih menunggu pembangunan. Tetapi pembangkang menganggap kepentingan sempit mereka lebih penting dari kepentingan rakyat. sampai bila Nizar dan sekongkolnya hendak berlakon spt ini?.
Pemerhati berpendapat bahawa Kerajaan Perak teruskan sajalah persidangan DUN dan untuk memudahkan perjalanan Dewan, melantik speaker baru. Tiada jalan lain dalam hal ini supaya demokrasi dapat dihidupkan menjadi segar dan rakyat dapat menikmati pembangunan yang dijanjikan dalam Pilihanraya Umum 2008
Tuesday, May 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment